Posts

Showing posts from 2011

Kawan Baik Yang Sering Ditinggalkan

Image
Susah sungguh nak mencari kawan baik yang ikhlas berkawan dengan kita. Di saat senang mungkin ramai yang mahu berdampingan dengan kita. Tetapi di saat susah? Siapa yang betul-betul sanggup dan rela hati bersama-sama kita menghadapinya? Bukan mengharapkan pertolongan untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi tu. Cukup sekadar sanggup berkongsi masalah dan menjadi pendengar setia. Tak gitu? Walaubagaimanapun ada juga kawan yang paling baik dalam dunia ni yang sentiasa bersedia berkongsi dan bersama-sama kita mengharungi hidup kita, tetapi sering ditinggalkan dan dilupakan oleh kita. Padahal kawan itu juga jika kita sentiasa berdampingan dengannya ketika di dunia, dia dengan rela hatinya akan menjadi teman kita di akhirat nanti. Siapa kawan paling baik tu? Tak lain tak bukan tentulah kitab suci agama kita, al-Quran. Ya, al-Quran memang sudi menjadi kawan baik sesiapa sahaja. Atas usaha kita sahaja mahu berkawan baik dengan al-Quran atau tidak.Al-Quran dit...

'Eid Mubarak !

Image
Assalamualaikum semua :) Rasanya belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya kepada mentor, mentee dan semua yang mengenali AKHI. Haa adik-adik dapat banyak duit raya tak? Mesti banyak kan? kan? kan? Hehe.. Tak kesah lah banyak ke sedikit ke, yang penting kita bersyukur. Ada orang tak dapat duit raya pun. Bukan tak dapat duit raya je, baju raya, kasut raya dan apa-apa lagi yang berkaitan dengan raya pun mereka tak ada. Contohnya macam kawan-kawan kita dekat Somalia tu. Kesian mereka. Sebab tu kita kena selalu bersyukur dengan apa yang kita ada. :) Oh ya, nanti duit raya tu simpan tau. Kumpul banyak-banyak, lepas tu bolehlah guna masa nak masuk universiti macam kakak-kakak dan abang-abang mentor.  Abang-abang dan kakak-kakak dapat duit raya lagi ke? Hehe Seronoknye rayeee [versi upin ipin]..sebab ada banyak makanan dan rumah terbuka. Hehe.. Tapi makan makan juga, kesihatan pun kena jaga tau. Banyakkan minum air masak. Ok, jom sama-sama kita tengok video ni : ...

Di Sebalik RAMADHAN

Image
Bulan Ramadhan sering kali dinanti-nanti oleh umat Islam. Seperti diketahui umum pada bulan ini Allah swt menggandakan ganjaran kepada hamba-hambaNya yang melakukan amal kebaikan. Namun amal kebaikan ini seringkali dikaitkan dengan hanya amalan seperti solat, membaca al-quran, dan sebagainya yang berbentuk kerohanian ( ruhiyyah ). Sedangkan amalan kebaikan itu luas skopnya. Pada zaman kini kita seringkali dihidangkan dengan kisah-kisah nabi dan sahabat yang bertemakan solat dan puasa, seolah-olah kehidupan para sahabat pada bulan Ramadhan hanyalah dipenuhi dengan aktivit solat dan puasa sahaja. Namun, jika kita menyingkap kembali sejarah Islam, terdapat banyak peristiwa yang berlaku pada bulan yang mulia ini yang mana pengajarannya bukan sahaja boleh kita peroleh dari segi kerohanian, malah juga dari segi politik ( siasiyyah ), iaitu perjuangan nabi dan sahabat dalam menjadikan Islam sebagai satu cara hidup bagi setiap individu, masyarakat dan negara. Perang Badar - Perang pertam...

Melahirkan Duta Cilik

Image
Alhamdulillah...selesai sudah mentoring AKHI yang keempat semalam dengan bertemakan 'Duta Cilik'. Apa signifikasi dari duta cilik ni? Haa....kali ni abang-abang dan kakak-kakak AKHI mahu bersama-sama adik-adik AKHI menanamkan kesedaran dalam diri masing-masing tentang tanggungjawab dan peranan diri terhadap bukan sahaja diri sendiri malah juga masyarakat. Allah telah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 30 : Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Siapakah khalifah itu? Tak lain tak bukan kitalah. Manusia. Justeru, bertempat di Masjid Asy-Syakirin Gombak, pada hari Ahad 29 May 2011, komuniti AKHI telah menapakkan kaki ke sana bagi menjalankan misi tanggungjawab pada masyarakat, alam dan dunia. Apa yang telah kami lakukan? Kami menjalankan gotong-royong di kawasan sekitar masjid tersebut. Adik-adik mentee dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dengan diawasi oleh aban...

Upin dan Ipin: Episod Bertudung..

Image
Kenapa kita kena tutup aurat ek?Mestilah sebab utamanya Allah yang suruh..Kenapa lagi ?Haa..kalau nak lebih tahu, jom tengok episod Upin dan Ipin kali ni.. Malam tu, Upin dan Ipin baru sudah sembahyang Isya' dekat masjid..Kehairanan melihat seorang budak perempuan itu mengenakan tudung selepas habis bersolat, maka Ipin, pun bertanya.."Kenapa perempuan Islam kena pakai tudung, Upin?"...Haaa..apa jawabnya? Upin dengan tersenyum meminta dua biji gula-gula daripada Ipin.."Nak buat apa pulak ni.."..fikir Ipin kehairanan..Upin membuka balutan gula-gula yang pertama dan mencampakkannya ke atas pasir..Kemudiannya, Upin mencampakkan pula gula-gula yang kedua yang tidak dibuka plastik balutannya. Lalu, Upin pun bertanya kepada Ipin.."Ha, Ipin..Gula-gula mana yang kau nak ambik?".."Mestilah yang tak bukak plastik lagi..Yang da buka tu kotor la.."..jawab Ipin..Upin bertanya lagi.."Kalau kotor, tak nak ambik la?".."Mestilah tak, y...

Tercari-cari semangat?

Success is never an accident.. Success comes to those who sincerely seek for it.. All The Best in your exam!! All The Best in Your Life!! Selamat Menghadapi Peperiksaan. Semoga segala usaha diberkati serta diterangkan hati oleh Allah..Insyaallah..=)..

AKHI 2nd Mentoring

Image
Mungkin agak terlambat. Tetapi 2nd Mentoring AKHI Club masih lagi segar di ingatan. Bertarikh 27 Februari 2011 dan bertempat di Edu Square UIAM, adik-adik mentee yang menyertai mentoring kali ini diberikan pendedahan tentang aurat lelaki dan perempuan serta bagaimana menjaga adab dan batasan pergaulan sesama lelaki dan perempuan. Permainan pertama iaitu mencari dan mencantum kepingan puzzle dimulakan setelah kumpulan dibahagikan. Kepingan-kepingan tersebut akan membentuk empat jenis gambar yang menunjukkan kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh lelaki dan perempuan dalam berpakaian. Setelah selesai mencantumkan kepingan-kepingan tersebut, adik-adik mentee diminta menerangkan jenis kesalahan yang terdapat di dalam gambar tersebut kepada rakan-rakan sekumpulan yang lain dan juga mentor. Mentor akan membetulkan mana-mana jawapan yang salah dan menghuraikan sebab kesalahan berpakaian dan cara membetulkannya.   Permainan puzzle Kep...

KEM MENTORING AKHI

Image
Alhamdulillah. Semua committee dan mentor yang terlibat dalam Kem Mentoring Akhi pada 12 dan 13 haribulan Februari yang lalu mampu mengucapkan rasa lega dan syukur yang tidak terhingga kerana dengan sukacitanya telah menjayakan kem ini yang telah sekian lama tertangguh. Bertempat di sekolah Kebangsaan Setapak Indah, seramai 40 orang mentor termasuk committee dan 65 orang mentee dari Sekolah Kebangsaan Setapak Indah dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul telah menyertai kem ini. Hari pertama berkumpul Objektif kem ini adalah untuk saling mengenali dan merapatkan jurang antara mentor dan mentee, mentee dan mentee serta tidak ketinggalan antara mentor sesama mentor sendiri memandangkan ini adalah mentoring pertama untuk penggal 2010/2011 ini. Bertepatan dengan objektif tersebut, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan menjurus kepada berkongsi cerita tentang diri sendiri seperti biodata diri, buah-buahan kegemaran, dan hobi. Permainan membawa ...

Allah Jua Sebaik-sebaik Perancang

Tanggal 12 Rabi'ul awwal merupakan detik bermakna dalam sejarah Islam. Pada tanggal ini lahirnya seorang insan mulia yang menjadi nur pada seluruh umat manusia. Seorang insan yang membawa umat manusia keluar dari kegelapan menuju cahaya (iman). Seorang insan agung yang membawa manusia kepada tauhid. Baginda jualah sebaik-sebaik manusia dan menjadi contoh teladan bagi seluruh umat manusia (المثل الأعلى). Ini adalah sejarah bagi umat Islam yang tidak mungkin akan dilupakan. Apatahlagi setiap ajaran dan amalan baginda saw menjadi ikutan setiap insan yang bergelar muslim. Baginda saw tidak syak lagi merupakan role model terbaik bagi setiap insan. Dan berkongsi tarikh yang sama dengan kelahiran insan ulung ini ialah kembalinya mantan presiden AKHI Club saudara Mohd Ikhwan Mohd Jamil kepada Ilahi. Kepada penciptanya. Seruan pemilik hak dan batinnya disambut pada awal pagi tadi sekitar 3 pagi di Hospital Ampang Pandan Indah setelah terlibat dalam kemalangan pada malam sebelumnya. Ar...

Training Of Trainers

Training of Trainers (T.O.T) telah diadakan pada 2 Januari 2011 yang lalu. Walaupun tidak semua trainers yang berjaya menghadirkan diri, namun T.O.T berjaya dilangsungkan dengan bilangan trainers yang ada . Secara umumnya T.O.T adalah bertujuan memberi pemahaman kepada trainers tentang AKHI Club secara keseluruhannya. Menerusi program ini, semua trainers diberi penekanan tentang tugas-tugas setiap ahli jawatankuasa , perancangan strategic (strategic planning) AKHI Club serta tentang modul-modul yang akan digunakan di dalam setiap mentoring. Kemudian semua ahli jawatankuasa diberi peluang berbincang di dalam kumpulan mengikut jawatan masing-masing bagi membincangkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan bagi memastikan pergerakan AKHI Club sentiasa lancar dan mantap. Bagi mengisi slot riadhah, semua trainers telah mengadakan aktiviti membuat sandwich bersama-sama. Secara tidak langsung program ini adalah salah satu usaha untuk merapatkan uk...

AGM 2010/2011

Alhamdulillah. AKHI Club membuka tirai tenure baru dengan menjayakan Annual General Meeting (AGM) 2010/2011 pada 15 Disember 2010 yang lalu. Bertemakan ‘Zaman Melayu Silam’, semua trainer dan mentor lelaki mengenakan baju melayu, seluar slack serta kain pelikat yang dipakai di atas kepala. Mereka mewakili penduduk kampung. Bagi mentor perempuan, lengkap berbaju kurung kain cotton dan mengenakan kain batik di atas kepala mewakili penduduk kampong perempuan manakala trainer perempuan berbaju kurung songket dengan selendang yang diselempangkan di bahu, mewakili puteri-puteri zaman Melayu lama. AGM dimulakan dengan bacaan Asma Ul-Husna dan lagu AKHI Club. Kemudian sebagai gimik mesyuarat pada malam itu, pihak trainers telah mempersembahkan satu lakonan yang mana jalan ceritanya sedikit-sebanyak berdasarkan dua filem Melayu lama iaitu “Seniman Bujang Lapuk” dan “Puteri Gunung Ledang”. Dengan sebuah skrol yang dibawa oleh seorang trainer yang memegan...