Training Of Trainers
Training of Trainers (T.O.T) telah diadakan pada 2 Januari 2011 yang lalu. Walaupun tidak semua trainers yang berjaya menghadirkan diri, namun T.O.T berjaya dilangsungkan dengan bilangan trainers yang ada .
Secara umumnya T.O.T adalah bertujuan memberi pemahaman kepada trainers tentang AKHI Club secara keseluruhannya. Menerusi program ini, semua trainers diberi penekanan tentang tugas-tugas setiap ahli jawatankuasa , perancangan strategic (strategic planning) AKHI Club serta tentang modul-modul yang akan digunakan di dalam setiap mentoring.
Kemudian semua ahli jawatankuasa diberi peluang berbincang di dalam kumpulan mengikut jawatan masing-masing bagi membincangkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan bagi memastikan pergerakan AKHI Club sentiasa lancar dan mantap.
Bagi mengisi slot riadhah, semua trainers telah mengadakan aktiviti membuat sandwich bersama-sama. Secara tidak langsung program ini adalah salah satu usaha untuk merapatkan ukhuwwah dalam kalangan trainers sendiri.
Comments
Post a Comment