MAINBOARD AKHI CLUB 2016/2017
Aku bangga dengan mereka semua. Semakin itu juga aku yakin mereka ini semua harapan yang bakal mengubah sesuatu menjadi sungguh bermakna. 😊 Lihat sahaja pemikiran-pemikiran ini yang diasah khas memikir kebaikan setiap perkara dibincangkan. Semakin itu juga mereka akan mula memikirkan kepentingan orang lain juga dalam diri mereka. Bukan hanya memikirkan tentang kepentingan diri sahaja. Setiap cerita itu ada permulaan. Setiap cerita itu ada juga penghujung. Dan ditengah-tengah itu bukan terselit tapi terkandung perbagai kegembiraan, penderitaan, kesakitan dalam penceritaan. Mesti ingat, dalam setiap apa yang ingin dicapai, tidak usah terlalu bangga dengan apa yang kau telah capai. Kerana nanti ketika dihitung, mana yang lebih penting, usaha kamu atau apa yang kamu telah capai? 🤔 Ingat kembali kisah nabi Nuh. Sepanjang beratus atau beribu tahun dia hidup, berapa ramai yang telah masuk Islam? Tapi cuba bayangkan berapa banyak u...