Posts

Showing posts with the label KARYA

BERANI, PERSAHABATAN DAN KEBENARAN

Image
Bila kamu memandang dunia pada sisi yang baik, itu pengharapan. Kita atau semua akan sedar, dalam fikiran juga mungkin sering berputar kisar perihal dengan apa hidup ini perlu diisi. Telah datang satu perkara kebaikan lalu dengan itu kita banyak berfikir tentang untung ruginya. Kata Muhammad Ali Pasya yang mendirikan negeri Mesir “Kesempatan datang dengan tiba-tiba. Orang yang berani menangkap kesempatan itulah yang akan sanggup menciptakan pekerjaan besar”. Kata Hamka “ Takut gagal adalah gagal yang sejati. Takut mati adalah mati sebelum mati. Hidup itu adalah gerak dan gerak itu ialah maju, berjuang dan naik dan jatuh dan naik lagi.” Apa yang pasti ilmu kita sampai dimana kita tahu kita pada masa itu. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang akan terjadi pada masa hadapan dan sebab itu masa sekarang sangat berharga dan tidak ada yang perlu terbuang. Suatu masa nanti, kita pasti melalui suatu fasa di mana pengalaman dan ilmu itu sangat mendewasakan kita. Waktu...

DOA NABI MUSA

Image
Dalam dunia ini penuh dengan peristiwa pengorbanan. Selalunya ia dapat memberikan semangat kepada yang lainnya untuk melakukan sesuatu perkara yang menuntut untuk kita korbankan sesuatu juga. Pada ketika pengorbanan itu berlaku, kita juga diuji untuk meneruskan segala apa yang kita telah yakini atau kita lepaskan sahaja pengorbanan itu pergi kemudian boleh untuk kita bersenang lenang sendiri. Apa yang mungkin kita tidak sedar, segala suka duka, kepenatan, jerit pedih yang kita lalui sebenarnya telah menjadikan kita lebih baik daripada apa yang sebelumnya. Setelah semua itu berlaku, sedar tidak sedar segala ujian itu telah pun kita lalui, sebahagian besar kepenatan, kesakitan dan kepayahan telah pun kita lupa dan kita mula merasai nikmat kerana telah berjaya untuk mengharungi. “Apakah telah sampai kepadamu kisah Musa” (Surah Taha : 9) Pernahkan kamu mendengar kisah Nabi Musa dan segala pengorbanan Nabi Musa dalam menyebarkan kebenaran. Ketika Nabi Musa send...

Recruitment AKHI 2017

Image
Recruitment AKHI 2017 Penulis: Muhammad Nor Wazien bin Norrashid    Satu-satu pergerakan pembangunan kolektif tidak boleh tidak berkehendakan sebilangan individu pendalang yang jiwa dan mindanya terpasak kefahaman untuk dahulukan mereka yang sejagat daripada diri yang sendiri. Lapangan fikirannya diperjelas lagi diyakini tujuan-tujuan padu yang memacu gerak hati berzahirkan tindakan. Dalam karya hebat cetusan ilham dan penghayatan Prof. Dr. Hamka bertajuk ‘Peribadi’ ditulisnya, “..timbullah dengan jelas beberapa orang yang berjalan di hadapan sekali, yang harganya seperti orang seorang kadang-kadang lebih daripada bermillion orang.” Malu lagi malas kita untuk paling tidak sekejap letakkan status sebegini ke atas diri, sebab ini tentang perwatakan unggul lagi bersugguh dalam perjuangan membangunkan generasi, kan agak janggal, siapa sangat lah kita. Betul, situasi tenang tanpa daya tolak menatijahkan tidak ada apa yang tertolak. Tapi insyaAllah ramai an...

Buat yang Terbaik!

Image
Assalamualikum w.r.t.  untuk ke sekian kalinya Allah mengizinkan saya menulis lagi di blog ini. Sekaligus cuba mencampakkan rasa 'ingin memberi' kepada sahabat-sahabat semua. Saya hanya mencuba sedaya upaya, namun Allah jualah yang berkuasa menentukan setiap sesuatu. Apabila saya merenung kembali, sangat banyak nikmat yang Allah bagi kepada saya.  Allah bagi kepada saya ibu bapa yang sentiasa meletakkan saya di hati mereka, guru-guru yang inspiratif, sahabat-sahabat yang baik, rezeki yang murah, kenderaan yang selesa dan sebagainya.  Pendek kata

AKHI Kelab Hebat

Image
Assalamualaikum w.r.  Terlebih dahulu saya merafakkan syukur ke Hadrat Allah yang menjadikan masa saya sehingga saya dapat mencuri sedikit masa itu untuk menulis di blog yang ceria ini.  Allah jualah yang memberi saya peluang untuk mengemudi sebuah kelab 'humble' bernama AKHI Club semenjak Jun 2012 hinggalah kini. Menjadi kepala dalam satu kelab yang memiliki profil dan impresi yang baik dari warga UIA dan warga SKSI serta SKBBS bukanlah sesuatu yang mudah.  Buktinya pada penggal pertama saya

tips belajar, bagaimana mendapat keberkatan?

assalamualaikum semua!=) Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada  'salafus soleh'  terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat? Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita. TIPS BELAJAR 1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T . Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama. 2) Disiplinkan diri. Setiap kali mahu  study , mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu  study  itu. Ja...

Selamat Hari Raya :D

Image
Salam 'Idul Fitri buat adik-adik mentee semua ! Puasa cukup sebulan tak? Kalau tak cukup, ish! tak boleh raya ni. Hehe..  Taklah, kenapa tak cukup puasa? Demam? Pengsan dekat sekolah?   Kalau tahun ini tak cukup puasa sebulan, tahun depan adik mesti azam untuk puasa penuh. Ok? Sebab bila kita puasa baru kita rasa macam mana perasaan kawan-kawan kita dekat Palestin, Syria dan tempat-tempat lain yang selalu tak cukup makanan. Kesian mereka. Huhu. Bila kita puasa, perut kita cakap terima kasih tau dekat kita. Haa? Betul ke?? Betul. Sebab, bila kita makan perut kita kena proses makanan tu. Cuba adik kira, satu hari berapa kali kita makan? Pagi, tengah hari dan malam. Itu makan yang berat. Belum lagi makan makanan ringan lepas balik sekolah tu kan? Hehe. Kesian perut kita, tak sempat nak rehat. Asyik kena proses makanan je. Jadi, bila bulan puasa ni lah perut dapat rehat sekejap. Oh ya, bila kita puasa kita akan jadi orang yang baik. Aik? Macam mana tu? Haa, masa ...

Puasa dah dekatttt!!!!

Image
Assalamualaikum adik-adik =D Apa khabar semua? Macam mana perasaan? Tiap-tiap minggu ada AKHI kan? Seronok tak? Oh ye, uncang yang adik-adik jahit hari tu adik-adik simpan apa dalam tu? Simpan duit lebih belanja sekolah pun elok kalau tak ada tabung. Hehe. Haaa... pokok kaktus siram tak? Tak siram?! Alamak, mati la pokok tu nanti. *nangis*. Jangan lupa siram tau. Kesian pokok tu. Dia pun nak makan dan minum macam kita juga. Ok, adik-adik. Minggu ni tak ada AKHI. Tapi kita semua akan sambut bulan paaaaaaaallliiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnngggg mulia dalam Islam. Bulan Ramadhan? Bagus! Pandai adik-adik AKHI.  Hehe. Bulan Ramadhan atau kita selalu panggil bulan puasa ni seronok tau. Sebab bila kita buat baik je semua pahala kita digandakan kepada 10. Haa, kalau selalu adik tolong mak dapat 1 pahala. Tapi kalau bulan Ramadhan ni adik tolong mak ke tolong cikgu ke dapat 10 pahala. Wah, banyak tuuu! Eh, tapi lepas bulan Ramadhan jangan tak tolong mak pulak sebab dapat sikit pahala. Sikit...

Kawan Baik Yang Sering Ditinggalkan

Image
Susah sungguh nak mencari kawan baik yang ikhlas berkawan dengan kita. Di saat senang mungkin ramai yang mahu berdampingan dengan kita. Tetapi di saat susah? Siapa yang betul-betul sanggup dan rela hati bersama-sama kita menghadapinya? Bukan mengharapkan pertolongan untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi tu. Cukup sekadar sanggup berkongsi masalah dan menjadi pendengar setia. Tak gitu? Walaubagaimanapun ada juga kawan yang paling baik dalam dunia ni yang sentiasa bersedia berkongsi dan bersama-sama kita mengharungi hidup kita, tetapi sering ditinggalkan dan dilupakan oleh kita. Padahal kawan itu juga jika kita sentiasa berdampingan dengannya ketika di dunia, dia dengan rela hatinya akan menjadi teman kita di akhirat nanti. Siapa kawan paling baik tu? Tak lain tak bukan tentulah kitab suci agama kita, al-Quran. Ya, al-Quran memang sudi menjadi kawan baik sesiapa sahaja. Atas usaha kita sahaja mahu berkawan baik dengan al-Quran atau tidak.Al-Quran dit...

Anda Sehebat Superman?

Image
Mempunyai kekuatan luar biasa... Badan seteguh besi, kelajuan sepantas cahaya, mampu menangkis peluru serta mampu terbang di udara.. Itulah "super hero" popular "Superman"..  Dan, pastinya ramai mengimpikan "Kalaulah aku boleh jadi macam Superman".. Buat pembaca sekalian, anda mampu sebenarnya! "Ala, mesti suruh bayangkan diri kita sehebat superman, macam selalu orang cakap.." mugkin keluhan sesetengah yang pernah mengunjungi program-program motivasi.. Tetapi pernahkah anda terfikir bagaimana? Sains membuktikan bahawa sebenaranya anda telah pun mempunyai kekuatan seheba t Superman! Penulis terkenal, M. D. Dr Deepak Chopra mengatakan bahawa otak manusia menghasilkan sejenis molekul yang dinamakan Neuro Peptides. Molekul ini secara literalnya dikaitkan dengan sel emosi manusia seperti seronok, sedih dan lain-lain.  Uniknya, sel emosi ini bukan sahaja berada di dalam otak malah bertebaran di seluruh badan manusia serta sel ini mampu berf...