Anda Sehebat Superman?
Mempunyai kekuatan luar biasa... Badan seteguh besi, kelajuan sepantas cahaya, mampu menangkis peluru serta mampu terbang di udara.. Itulah "super hero" popular "Superman"..
Dan, pastinya ramai mengimpikan "Kalaulah aku boleh jadi macam Superman".. Buat pembaca sekalian, anda mampu sebenarnya! "Ala, mesti suruh bayangkan diri kita sehebat superman, macam selalu orang cakap.." mugkin keluhan sesetengah yang pernah mengunjungi program-program motivasi.. Tetapi pernahkah anda terfikir bagaimana? Sains membuktikan bahawa sebenaranya anda telah pun mempunyai kekuatan sehebat Superman! Penulis terkenal, M. D. Dr Deepak Chopra mengatakan bahawa otak manusia menghasilkan sejenis molekul yang dinamakan Neuro Peptides. Molekul ini secara literalnya dikaitkan dengan sel emosi manusia seperti seronok, sedih dan lain-lain.
Uniknya, sel emosi ini bukan sahaja berada di dalam otak malah bertebaran di seluruh badan manusia serta sel ini mampu berfikir! Dan, sel-sel yang bertaburan di seluruh badan ini seringkali mendengar apabila anda bercakap dengan sendiri atau "self talk". Kesannya, sel-sel ini akan menghasilkan Neuro Peptides mengikut apa yang dibicarakan oleh pemiliknya.. Bayangkan jika anda sering mengatakan bahawa "Aku berani macam Superman", sel-sel ini akan menghasilkan banyak molekul Neuro Peptides keberanian yang akan bertebaran di seluruh badan anda yang akhirnya akan meningkatkan keyakinan diri anda.. Begitu juga dengan nilai-nilai positif yang lain.. Indahnya ciptaan Allah kan... Inilah antara tips kecemerlangan diri yang mudah untuk dipraktikan dalam kehidupan seharian kita.. Bermula dari sekarang, andalah Superman!
Satu lagi tips yang ingin dikongsi ialah sel imunisasi manusia juga mempunyai kelebihan yang sama, mereka mampu mendengar perbualan anda dan bertindak mengikut kata-kata anda.. Jadi, jika anda mahu kekal sihat, maka selalulah bisikkan kepada mereka yang anda mahu sentiasa sihat.. Dan kajian juga sedang dijalankan mengnai keberkesanan Neuro Peptides dalam rawatan tumor dan kanser.. Sila rujuk link ini utuk maklumat tambahan..
http://www.sciencedaily.com/releases/2008/04/080404114454.htm..
http://www.sciencedaily.com/releases/2008/04/080404114454.htm..
Comments
Post a Comment