AKHI Gold Training

Bertemakan "Retreat, Revise, Rebrand", AKHI Gold Training telah dianjurkan dengan jayanya selama 3 hari yang bermula dari 24 September sehingga 26 September 2010.. Program anjuran AKHI Club kali ini bertujuan mengeratkan ikatan di antara mentor-mentor AKHI Club dan menganalisa "performance" AKHI Club sepanjang tahun ini..



AKHI Gold Training bermula di EDU Square pada 24 September 2010 yang mana pengisiannya lebih tertumpu kepada mengukuhkan ikatan di kalangan mentor-mentor AKHI.. Uniknya, pengisiannya diselitkan dengan tema Hari Raya yang masih lagi segar di kalangan mentor-mentor.. Pelbagai aktiviti dilakukan yang diselang selikan dengan mesej-mesej praktikal dalam menjana serta memulihara ikatan sesama mentor AKHI.. Pastinya tak kering gusi melihat mentor-mentor AKHI dicalit tepung oleh trainers setiap kumpulan dek kesalahan meneka tajuk lagu raya yang diutarakan.. Dan skil menulis yang terbaru, menulis uacapan raya menggunakan siku!.. Susah betul..


Hari berikutnya, para paserta bertolak ke Lubok Manggis Camp and Resort di Hulu Langat.. Memakan masa selama sejam lebih dek tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas, akhirnya samapilah mentor-mentor di kem tersebut dengan disambut deruan air sungai serta hutan yang menghijau.. Selesai merehatkan diri, sesi "training" bersama Abg Ikhwan bermula.. Menyentuh mengenai skil-skil mentoring serta nilai-nilai kehidupan, mentor- mentor AKHI begitu khusyuk serta bersemangat mendengar ceramah tersebut biarpun berlanjutan sehingga malamnya.. Pastinya tak dapat dilupakan permainan seperti "light house" dan juga kejayaan memecah rekod aliran kad antara kumpulan dengan catatan masa terpantas.. Teriakan serta jeritan mentor-mentor bagaikan memecah kesunyian hutan malam tersebut.. Juga tarian-tarian yang diajar Abg Ikhwan.. Berdansa sakan mentor-mentor AKHI hari tu..



Biarpun malam semakin larut, namun tidak memdamkan keceriaan mentor-mentor AKHI untuk terus beraktiviti..  Sesi analisis AKHI bermula pada jam 11 malam.. Selepas selesai berbincang, pembentangan oleh setiap kumpulan mengenai kekuatan, kelemahan serta cadangan untuk diambil perhatian oleh barisan pimpinan AKHI berjalan lancar.. Banyak juga input-input yang diutarakan oleh mentor-mentor AKHI untuk memantapkan lagi AKHI pada tahun mendatang..



Hari terakhir AKHI Gold Training bermula seawal 6 pagi.. Selepas selesai solat Subuh, sesi lakonan bermula.. Berbakat juga mentor-mentor AKHI ni berlakon.. Ada yang jadi mente, ada yang jadi mentor, yang jadi speasang suami isteri pun ada.. Kelakarnya, setiap tema persembahan menjurus ke arah penyelesaian konflik rumah tangga yang memberi kesan kepada mentee... Ada yang ayah kahwin dua dan terkantoi masa mentoring, ada ibu bapa yang suka beertengkar, ada yang terlalu memanjakan anak, akhirnya, mentor AKHI juga yang menyelesaikan konflik-konflik ni.. Dah bertambah la "jobscope" mentor AKHI lepas ni, menyelesaikan pula masalah rumah tangga pula.. Selepas bersarapan, maka bersiap sedialah mentor-mentor AKHI menempuh aktiviti berhalangan serta "jungle explorace".. Bermula dengan laluan berhalang serta menggolukkan bongkah balak, mentor-mentor AKHI meneroka hutan untuk mencari "clue" bagi menyelesaikan "explorace" tersebut.. Banyak gelagat yang dapat disaksikan.. Tergelincir, terkoyak seluar, tak jumpa botol serta yang paling "best" adalah kumpulan yang berlepas terakhir yang memenangi "explorace" kali ini kerana dua kumpulan awal tersalah ambil jawapan.. Yang perlu dicari adalah kelapa, tetapi di bawa oleh kedua-dua kumpulan tersebut rebung.. Terpaksalah berpatah balik mencari kelapa di tengah-tengah hutan..


 

Kepenatan 'explorace" "dibasuh" oleh kedamaian serta kesejukan aliran sungai yang menjadi "checkpoint terakhir.. Bukan main seronok mentor-mentor AKHI terutamanya yang lelaki bila dapat mandi sungai..


Setelah selesai segalanya, mentor-mentor AKHI bertolak pulang ke UIA pada jam 2 lebih kerana kelewatan bas.. Semoga mentor-mentor AKHI mendapat faedah melalui penganjuran "training" seumpama ini serta manfaatkanlah segala input dan skil yang dipelajari sepangjang kem ini.. Ada rezeki tahun depan, kita pergi tempat lain pulak..=)..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

DOA NABI MUSA

Ziarah Hari Raya Aidilfitri ke Kg Parit Ibrahim @ Pontian, Johor

Antara Cerdik Dan Baik..