AKHI 6th Mentoring

Wah, seminggu selepas AKHI 5th Mentoring menyusul pulak AKHI 6th Mentoring.. Bertungkus lumus par mentor AKHI membuat persiapan bagi menyambut kedatangan bala tentera cilik AKHI nantii biarpun masih dibayangi keletihan mentoring yang lepas.. Tapi mentoring yang keenam ni "special" sikit.. Sebabnya mentoring ni merupakan metoring yang terakhir anjuran AKHI Club buat tahun 2010 ni.. Al kisahnya, pada malam "final touch" mentoring tersebut syahdu menyelubingi seketika mentor2 AKHI bahkan ada juga mentor yang terbit air matanya..


Pada 8 Ogos 2010, maka berlangsunglah mentoring AKHI yang keenam.. Seperti biasalah, mentor-mentor AKHI telah bersedia awal bagi menyambut kehadiran mentee-mentee mereka.. jejaknya kaki mereka di EDU Square, maka bertukarlah keheningan pagi dengan riuh gempita suara-suara mentee-mentee AKHI.. Selepas menjamah sarapan, bergeraklah para mentor dan juga mentee mereka untuk sesi yang pertama pada mentoring kali ini.. Modul Bahas Inggeris kali ini bertemakan Living and Non Living Things.. Pelabagai aktiviti dilalkukan bersama bertujuan memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan mente-mentee AKHI.. Ada nyanyian, role playing, kuiz dan macam-macam lagi.. Sampai lagu "Atas Bukit" pun diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris.. Tak tahu lah macam mana rentaknya..


Selepas sesi Bahasa Inggeris, para mentor dan mentee AKHI menyantap makan tengah hari yang disiapkan oleh "committee catering" program tersebut.. Sedap,nasi lauk ayam kali ni.. Sebelah petangnya menyusul pula sesi tilawah.. Seperti kebiasaanya, mentee-mentee dibahagikan mengikut tahap dan menyambung silibus Tilawah seperti yang telah ditetapkan oleh Kak Dila dan Kak Tiqah.. Biarpun tidak ketara, namun terlihat juga sedikit peningkatan kelancaran bacaan serta penguasaan huruf-huruf Arab dikalangan mentee-mentee AKHI..


Pada jam 3.30 petang, para mentor dan mentee berkumpul di EDU Square untuk sesi "mass".. Antara yang dilakukan bersam dalma "mass" tersebut Tepuk Action Kamen, Tepuk Cika Buka, Tepuk Usha Rakan, Laicikang dan yang paling menarik persembahan Kim Kam Bai oleh mentor-mentor yang "sporting" sangat kali ni.. Semangat betul mentor-mentor dan mentee-mentee buat "mass" ni.. Sesi permainan pada kali ini menerapkan semangat bekerjasama dalam kumpulan.. Mentee-metee bekerjasama menyelesaikan "puzzle" yang diberi oleh modulator program kali ini serta lambungan belon berisi air dengan kain pelekat.. Riuh rendah dibuatnya bila belon tak dapat disambut dan pecah..

Sesi mentoring kali ini disudahi dengan Tepuk Terima Kasih oleh mentor dan juga mentee AKHI Club.. Sempat juga mentor-mentor AKHI berpelukan dengan mente-mentee kesayangan mereka sebelum berpisah secara rasminya setelah selesai tempoh mentoring selama satu tahun.. Selesai sudah mentoring AKHI pada tahun ini dengan kepulangan mentee-mentee AKHI.. Buat para mentor AKHI, sekalung penghargaan di atas sokongan serta kerjasama yang dihulurkan dalam menjayakan projek mentoring AKHI.. Adalah diharapkan berterusan komitmen ini utuk tahun hadapan, sekali lagi bersama keluarga membantu membangunkan pelapis-pelapis cilik generasi Islam.. Buat adik-adik mentee AKHI, semoga berjaya dalam kehidupan serta ingat selalu pesan akak-akak dan abang-abang mentor AKHI.. Insyaallah, kita akan berjumpa lagi pada mentoring AKHI tahun hadapan..=).. 

Comments

Popular posts from this blog

DOA NABI MUSA

Ziarah Hari Raya Aidilfitri ke Kg Parit Ibrahim @ Pontian, Johor

Antara Cerdik Dan Baik..