Panduan Mentor Mengendalikan Mentee

Kadang-kadang mentor2 AKHI tertanya-tanya,kenapalah adik2 mentee AKHI ni semangat dan energetic sgt,kan?Sampai adakalanya xterkawal mentor..mencabar emosi,sampai nk marah..betul kan?Jadi,bertanyalah sesama sendiri, apa yang boleh dilakukan mentor2 untuk mengawal tingkah adik2 AKHI?
Buat kalian semua, beberapa tips yang boleh diaplikasikan oleh mentor2 AKHI ingin dikongsikan bersama di sini.. Antaranya..

1) Kenali peribadi dan sikap mentee2 anda u mengetahui cara mendekati mereka. Setiap mentee mempunyai tingkah yang berbeza dan meungkin memerlukan teknik yang berbeza u mendampingi mereka.

2) "Personal touch". Segala tunjuk ajar dan nasihat adalah lebih efektif andai adik2 mentee merasai "personal touch" dr mentornya. Mereka merasakan mendapat perhatian, yang merupakan antara tujuan mereka menyertai mentoring AKHI dan juga membolehkan anda "mengikat" adik2 mentee. Apabila anda rapat dgn adik2 mentee, anda mudah u menyentuh hati mereka sekaligus memudahkan semaian input berguna u mereka.

3) Banyakkan sentuhan ketika dlm kumpulan. Sentuhan melambangkan anda memberi perhatian terhadap mereka dan mereka akan mersa dihargai. Gunakan juga sentuhan jika melihat adik2 AKHI ini mula kehilangan fokus.

4) Tunjukkan ketegasan anda, namun biarlah berpada-pada. Tegas tidak bermakna marah ataupun menengking mereka.Ini sangat perlu u membina rasa hormat dikalangan mentee2 agar reputasi anda terjaga dan tidak dipijak kepala.

5) Senangi mereka. Cari titik persamaan u membina "rapport". Apabila mereka merasakan persamaan dgn anda ketika bergaul dgn mereka, mereka akan lbh rapat dan selesa dgn anda,sekaligus memudahkan anda dlm memberi arahan.

6) Biarkan mereka bercakap. Ini menunjukkan anda mnghormati mereka dan sentiasa mendapat perhatian anda, bukan hanya mereka perlu menghormati anda. Ini juga menjadikan aktiviti kumpulan lebih interaktif. Namun jika berlebihan, kembalikan fokus mereka.

7) Libatkan semua mentee2 dlm aktiviti kumpulan dan perbincangan. Ini u mengelakkan rasa terpinggir segelintir mentee dan mengundang rasa "boring". Apabila rasa terpinggir, mentee2 akan mula hilang fokus dan berlarian serta mengusik teman2.

8) Dan yang terakhir, sentiasa memberi dorongan dan pujian u setiap pencapaian mereka ketika aktiviti. Mereka memerlukan sokongan anda u membina keyakinan diri dan dihargai setiap usaha mereka.

Moga mentor2 dpt meningkat kualiti anda sbg seorang mentor yang efektif dan menjadi mentor yang cemerlang dan tauladan kpd adik2 mentee AKHI..=)..

Comments

Popular posts from this blog

DOA NABI MUSA

Ziarah Hari Raya Aidilfitri ke Kg Parit Ibrahim @ Pontian, Johor

Antara Cerdik Dan Baik..