Mari Berselawat..
Jika kita cintakan seseorang tentu kita akan mengingati dan menybut namanya selalu kan? Begitu juga jika kita cintakan nabi kita, kita mestilah mengingatinya selalu.. Sebab jika kita tak mengingati baginda, baginda akan melupakan kita di akhirat kelak.. Tp, macam mana nak menunjukkan yang kita sentiasa ingat baginda? Sentiasalah kita berselawat..
Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku: Berkata Jibril a.s.. : "WahaiRasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail a.s.: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu." Berkata pula Israfil a.s.: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah s.w.t. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t.mengampuni orang itu." Malaikat Izrail a.s. pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Begitulah kelebihan berselawat ke atas baginda Rasulullah.. Akak2 dan abg2 mentor serta adik2 mentee AKHI mulalah perbanyakkan selawat kita agar kita mendapat rahmat yang dijanjikan.. Cintailah nabi kita..=)..
Comments
Post a Comment