About us
Kelab AKHI merupakan singkatan kepada
kelab Anak-Anak Berakhlak Islam yang telah beroperasi sejak penubuhannya pada tahun 2000. Pada asalnya, Kelab AKHI bermula dengan
sebuah projek yang diberi nama Projek AKHI yang memberi fokus kepada program mentoring untuk pelajar-pelajar sekolah
rendah. Kelab AKHI mula berada di bawah naungan UCCE-BUDI UIA sejak tahun 2002.
Selari dengan slogan kelab iaitu “Ke arah Kecemerlangan Generasi Islam”, pelbagai
program mentoring telah dilaksanakan
bagi membentuk insan-insan berintelektual bukan sahaja dari sudut pendidikan
bahkan juga dalam aspek kehidupan yang berteraskan Islam.
Kebanyakan pelajar terlibat merupakan penerima bantuan kewangan
Baitulmal. Hal ini sejajar dengan matlamat utama Kelab AKHI iaitu membantu
pelajar- pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah supaya mereka berjaya
dalam kehidupan dan mengukuhkan persaudaraan antara mahasiswa UIAM dangan masyarakat.
Fokus utama Kelab AKHI adalah untuk melahirkan generasi Islam yang cemerlang
dan mampu memimpin ummah pada masa hadapan.
VISI
Untuk menjadi sebuah kelab mentoring islamik yang agresif dan efektif di Gombak.
MISI
Untuk Mengharmonikan nilai-nilai Islam di dalam seluruh aspek kehidupan dikalangan Mahasiswa UIAM dan masyarakat.
MOTTO
MOTTO
“Ke arah Kecemerlangan Generasi Islam”
Comments
Post a Comment