Buat yang Terbaik!

Assalamualikum w.r.t.  untuk ke sekian kalinya Allah mengizinkan saya menulis lagi di blog ini. Sekaligus cuba mencampakkan rasa 'ingin memberi' kepada sahabat-sahabat semua. Saya hanya mencuba sedaya upaya, namun Allah jualah yang berkuasa menentukan setiap sesuatu.

Apabila saya merenung kembali, sangat banyak nikmat yang Allah bagi kepada saya.  Allah bagi kepada saya ibu bapa yang sentiasa meletakkan saya di hati mereka, guru-guru yang inspiratif, sahabat-sahabat yang baik, rezeki yang murah, kenderaan yang selesa dan sebagainya.  Pendek kata
apa yang saya impikan semuanya Allah kabulkan.

Kadang-kadang, oleh kerana diuji dengan sebanyak-banyak kemewahan kita jadi tidak pernah terfikir ada orang yang sangat-sangat diuji oleh kesusahan.  Bukankah semakin kuat iman seseorang itu, semakin berat ujian yang Allah akan berikan kepada mereka? "Oh Tuhanku, apakah iman ini terlampau lemah hingga tidak terasa Engkau sedang mengujiku?"


Itulah sebab utama, saya setia dengan AKHI Club dari tahun
pertama hinggalah hari terakhir saya di UIA ini. Alhamdulillah.  Walaupun usaha dan sumbangan kita tidak banyak, namun kita kena buat yang terbaik kepada orang lain.  Selagi kita mampu, selagi nyawa masih ada.  Pulangkan kembali apa yang Allah dah bagi kepada kita.

Saya rasa sahabat-sahabat yang lain juga begitu =)

Mentor-mentor yang saya kasihi,
Setiap apa yang kita lakukan, ia akan menjadi sebahagian dalam hidup kita,
Setiap apa yang kita lakukan, ia akan menjadi kenangan kepada kita dan orang lain,
Setiap apa yang kita lakukan, ia akan memberi kesan ke dalam jiwa kita dan hati orang lain,
Setiap apa yang kita lakukan, ia akan menjadi cerita kepada generasi kita.




Mahukah kita menjjadikan sebahagian hidup kita terpalit dengan luka?
Mahukah kita mengenang sesuatu yang tidak menggembirakan kita?
Mahukah kita memberi kesan hitam di jiwa kita dan orang lain?
Mahukah kita menceritakan cerita duka kepada generasi kita?

Jika jawapannya tidak, lakukanlah yang terbaik dalam setiap apa yang kita lakukan.  Benamkan diri kita dalam kebaikan ini dan janganlah kecewakan orang lain dengan cara kita yang tak seberapa.  Sesungguhnya Allah itu Maha Baik dan hanya menerima yang baik-baik sahaja.  Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kita berlaku 'ihsan' dalam setiap apa yang kita lakukan.




Mudah-mudahan Allah bagi yang terbaik kepada kita. Ameen.

Comments

Popular posts from this blog

DOA NABI MUSA

Ziarah Hari Raya Aidilfitri ke Kg Parit Ibrahim @ Pontian, Johor

Antara Cerdik Dan Baik..