Kawan Baik Yang Sering Ditinggalkan

Susah sungguh nak mencari kawan baik yang ikhlas berkawan dengan kita. Di saat senang mungkin ramai yang mahu berdampingan dengan kita. Tetapi di saat susah? Siapa yang betul-betul sanggup dan rela hati bersama-sama kita menghadapinya? Bukan mengharapkan pertolongan untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi tu. Cukup sekadar sanggup berkongsi masalah dan menjadi pendengar setia. Tak gitu?

Walaubagaimanapun ada juga kawan yang paling baik dalam dunia ni yang sentiasa bersedia berkongsi dan bersama-sama kita mengharungi hidup kita, tetapi sering ditinggalkan dan dilupakan oleh kita. Padahal kawan itu juga jika kita sentiasa berdampingan dengannya ketika di dunia, dia dengan rela hatinya akan menjadi teman kita di akhirat nanti.

Siapa kawan paling baik tu? Tak lain tak bukan tentulah kitab suci agama kita, al-Quran. Ya, al-Quran memang sudi menjadi kawan baik sesiapa sahaja. Atas usaha kita sahaja mahu berkawan baik dengan al-Quran atau tidak.Al-Quran diturunkan kepada nabi kita yang tercinta, Muhammad saw dan diwariskan kepada kita semua oleh nabi dan para sahabat serta ulama’ tabi’ tabi’in. Jadi, kenapa tidak kita menjaga amanah yang diberikan kepada kita itu dengan bersungguh-sungguh? Al-Quran merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia, mengandungi sejarah masa lalu, cerita sekarang dan fakta masa hadapan. Ia merupakan sumber hidayah kepada kita yang dijanjikan oleh Allah akan membawa kita pada kebahagiaan yang sejati sekiranya kita betul-betul berpegang padanya.
Bagaimana al-Quran menjadi teman baik kita? Di saat kita membacanya, kita merasa tenang. Di saat kita memahaminya, kita mendapat penyelesaian bagi masalah hidup kita. Ia sentiasa menanti-nantikan kita untuk membacanya. Ia juga sangat sedih saat kita melupakannya. Bagaimana kita menghormati al-quran? Semestinya dengan membacanya setiap hari walau hanya satu ayat, memahaminya dan menghayatinya. Dan bukan sekadar hiasan di dalam bilik tidur mahupun di ruang tamu rumah kita. Al-quran bukan teman hanya di bulan Ramadhan, atau bulan Syawal. Tetapi setiap masa.

Bersempena dengan bermulanya semester baru buat abang-abang dan kakak-kakak mentor AKHI di UIAM, mari kita sama-sama memperingatkan antara satu sama lain supaya terus teguh hati menghayati al-quran setiap waktu, setiap masa agar sentiasa diberkati Allah dalam setiap amalan yang kita lakukan. Tidak lupa, supaya program-program AKHI seterusnya sentiasa diiringi petunjukNya dan tidak menyimpang dari jalanNya sekaligus dapat membawa adik-adik serta abang-abang dan kakak-kakak kepada pembelajaran yang lebih mendekatkan diri kepadaNya insyaAllah ^_^

Comments

Popular posts from this blog

DOA NABI MUSA

Ziarah Hari Raya Aidilfitri ke Kg Parit Ibrahim @ Pontian, Johor

Antara Cerdik Dan Baik..