MAINBOARD AKHI CLUB 2016/2017
Aku bangga dengan mereka semua. Semakin itu juga aku yakin mereka ini semua harapan yang bakal mengubah sesuatu menjadi sungguh bermakna. 😊
Lihat sahaja pemikiran-pemikiran ini yang diasah khas memikir kebaikan setiap perkara dibincangkan. Semakin itu juga mereka akan mula memikirkan kepentingan orang lain juga dalam diri mereka. Bukan hanya memikirkan tentang kepentingan diri sahaja.
Setiap cerita itu ada permulaan. Setiap cerita itu ada juga penghujung. Dan ditengah-tengah itu bukan terselit tapi terkandung perbagai kegembiraan, penderitaan, kesakitan dalam penceritaan.
Mesti ingat, dalam setiap apa yang ingin dicapai, tidak usah terlalu bangga dengan apa yang kau telah capai.
Kerana nanti ketika dihitung, mana yang lebih penting, usaha kamu atau apa yang kamu telah capai? 🤔
Ingat kembali kisah nabi Nuh. Sepanjang beratus atau beribu tahun dia hidup, berapa ramai yang telah masuk Islam? Tapi cuba bayangkan berapa banyak usaha dia letakkan untuk menyebarkan kebenaran itu. Walaupun tiap kali itu, ramai yang menolak. Adakah Allah akan menilai berapa ramai manusia yang bisa nabi Nuh mengajak mengikuti ajaran Islam atau seberapa banyak usaha nabi Nuh menyebarkan Islam?
Jika pada penghujung cerita nanti, apa yang kita capai tidak memuaskan tapi biarlah dalam pertengahan cerita itu terkandung banyaknya usaha dan kegigihan. Usaha yang kadang menggembirakan atau menyakitkan. Barulah cerita itu bermakna dan sangat memberi inspirasi. Barulah ia menguatkan diri. 💪🏻
Jika penghujung cerita itu, banyak pencapaian yang kamu dapat tapi pertengahan cerita itu, usaha kamu hanya sedikit tanpa banyak halangan, adakah ia menjadi cerita yang sama menarik dengan cerita di atas. Cuba bandingkan. Atau mustahil untuk mencapai banyak perkara dengan usaha yang sedikit?
Manusia ya kebanyakkan akan melihat apa yang telah kau capai. Sebab tu dalam report atau resume akan meletakkan apa yang kita telah capai. Kita tak tulis dalam tu segala penat lelah, kesakitan, pedih dalam usaha mengejar pencapaian itu. Tapi apa yang mungkin manusia lupa, Allah akan melihat semua itu. Allah sahaja yang boleh tahu keseluruhan usaha kamu. Semua itu bakal dihitung. Jadi jangan pernah pandang rendah dengan usaha kamu.
Cuba bayangkan lagi, jika 2 orang pelajar yang menjalani ujian bahasa arab yang sama. Seorang itu berusaha gigih, pagi petang siang malam belajar, berkorban banyak perkara memang untuk meguasai bahasa itu tapi tetap ia mendapat markah rendah dalam peperiksaan contohnya 45%. Tapi seorang lagi hanya dengan tabiatnya tidur sahaja, bermain sahaja, tapi ketika peperiksaan, dia lebih cemerlang mendapat 98%. Ketika dihitung nanti di akhirat, adakah markah setiap pelajar itu yang sangat bermakna atau segala usaha tanpa putus asa itu yang sangat bermakna disisi Allah? (Analogi Ustaz Norman Ali Khan).
Oleh itu jangan pernah pandang rendah kepada usaha walaupun pencapaian tidak lah sehebat mana walaupun usaha telah dilakukan sebaik mungkin.
Sementara masih muda dan masa masih ada, gunakan lah sebaiknya. Sebelum tanggungjawab lepas ini akan lebih banyak dan mencabar. Dunia menunggu kesan yang akan kamu buat. Kehadapankan diri kamu untuk menjadi lebih baik.
Kalau kita kalah dengan perjuangan ini, kita mungkin hilang generasi yang kita harapkan.
Semoga berjaya hendaknya.
Pada penghujung nanti yang pasti, kita akan kembali membaca cerita-cerita yang telah kita lalui.
Comments
Post a Comment