MAINBOARD 2015/2016


Kepada barisan trainers, ingatlah misi kita di dunia ini takkan pernah habis kerana misi terakhir adalah setelah kita sama-sama berada di syurga. :)

Saya suka ambil kata-kata daripada Hamka. Kata beliau setiap anggota masyarakat itu punya tanggungjawab masing-masing dan mempunyai hak masing-masing. Apabila tanggungjawab dan hak itu ditunaikan maka amanlah masyarakat. (Lembaga Hidup)

Kami akan cuba sedaya upaya kami bagi memenuhi hak adik-adik.

Apa yang mungkin anda tidak tahu, pada setiap kenakalan adik-adik itu ada banyaknya kasih sayang. Pada setiap tidak peduli adik-adik itu terselitnya kemahuan pada perhatian. Dan pada setiap senyuman adik-adik itu mempamerkan seribu keikhlasan.

Kami tahu kami manusia biasa yang berangan-angan mengubah manusia tapi tanpa kami sedar yang banyak berubah itu adalah diri kami sendiri.

Merekalah yang mengubah cara kami berfikir, cara kami bertindak dan cara kami melihat kasih sayang secara dalam.

Mungkin sebelum ini anda tidak merasa nilai pelukan mesra adik apabila dia menangis mengharapkan ada yang memangku bahu, berkongsi sebentar kesedihan terbayang sesuatu yang dia tidak mahu atau mengharapkan kami kembali dengan air yang bergenang di mata.

Yang tidak tahan lalu pecah jua.

Mungkin sebab itu juga ia dapat memberi bayangan kepada kamu bagaimana perasaan itu tercipta lalu tanpa sedar ia menyebabkan anda turut sama berkongsi perasaan dengan adik-adik.

Saya tidak tahu macam mana kesan dia, tapi bila saya pergi ke mana mana, apabila terlihat sahaja adik-adik dari sekolah rendah ini terasa sayang lah pula pada mereka.

Pada rakan-rakan, anda mungkin masih tertanya-tanya apa yang anda nak cari dalam hidup ni dan bagaimana untuk berbakti pada masyarakat.

Kami barisan trainers Akhi Club Iium sangat mengalu-alukan kehadiran anda untuk sama-sama merasai bagaimana perasaan kasih sayang itu dikongsi.

Cuma ingat kami bukan kayu ukur kasih sayang itu kerana kami sendiri masih tidak terkira nilai kasih sayang yang telah kami peroleh.

Jangan pernah merasa rugi dengan segala tindak baik kalian hanya kerana masa telah semakin singkat untuk dihabisi.

Tapi ingatlah setiap kebaikan itu telah dijanjikan dengan seribu balasan dari Tuhan.

Terima Kasih

Comments

Popular posts from this blog

DOA NABI MUSA

Ziarah Hari Raya Aidilfitri ke Kg Parit Ibrahim @ Pontian, Johor

Antara Cerdik Dan Baik..