Sekalung tahniah buat pewaris-pewaris baru AKHI Club.
Semoga perjuangan AKHI diteruskan oleh pimpinan kalian.
Teruskan kecemerlangan AKHI di mata masyarakat.
Chaiyok,Chaiyok AKHI....
Dalam dunia ini penuh dengan peristiwa pengorbanan. Selalunya ia dapat memberikan semangat kepada yang lainnya untuk melakukan sesuatu perkara yang menuntut untuk kita korbankan sesuatu juga. Pada ketika pengorbanan itu berlaku, kita juga diuji untuk meneruskan segala apa yang kita telah yakini atau kita lepaskan sahaja pengorbanan itu pergi kemudian boleh untuk kita bersenang lenang sendiri. Apa yang mungkin kita tidak sedar, segala suka duka, kepenatan, jerit pedih yang kita lalui sebenarnya telah menjadikan kita lebih baik daripada apa yang sebelumnya. Setelah semua itu berlaku, sedar tidak sedar segala ujian itu telah pun kita lalui, sebahagian besar kepenatan, kesakitan dan kepayahan telah pun kita lupa dan kita mula merasai nikmat kerana telah berjaya untuk mengharungi. “Apakah telah sampai kepadamu kisah Musa” (Surah Taha : 9) Pernahkan kamu mendengar kisah Nabi Musa dan segala pengorbanan Nabi Musa dalam menyebarkan kebenaran. Ketika Nabi Musa send...
assalamualaikum sahabat sekalian, sudah lama post ni bersarang di peti draf.. kali ini, kisah IIUM TALENTED KIDS sangat menarik! jom kita layar~~ hari pertama kem ini diadakan di UIA dimana adik-adik akan tidur bersama kakak kakak mentor dan abang abang mentor. bermula kisah adik adik comel bila adik adik sampai di uia: nampakkan adik adik kite macam dah xsaba nak menjalani kem ini. awal-awal program adik-adik 'excited' tapi mungkin penat, ade jugak yang muka masham2 ni kan=)
Kadang-kadang mentor2 AKHI tertanya-tanya,kenapalah adik2 mentee AKHI ni semangat dan energetic sgt,kan?Sampai adakalanya xterkawal mentor..mencabar emosi,sampai nk marah..betul kan?Jadi,bertanyalah sesama sendiri, apa yang boleh dilakukan mentor2 untuk mengawal tingkah adik2 AKHI? Buat kalian semua, beberapa tips yang boleh diaplikasikan oleh mentor2 AKHI ingin dikongsikan bersama di sini.. Antaranya.. 1) Kenali peribadi dan sikap mentee2 anda u mengetahui cara mendekati mereka. Setiap mentee mempunyai tingkah yang berbeza dan meungkin memerlukan teknik yang berbeza u mendampingi mereka. 2) "Personal touch". Segala tunjuk ajar dan nasihat adalah lebih efektif andai adik2 mentee merasai "personal touch" dr mentornya. Mereka merasakan mendapat perhatian, yang merupakan antara tujuan mereka menyertai mentoring AKHI dan juga membolehkan anda "mengikat" adik2 mentee. Apabila anda rapat dgn adik2 mentee, anda mudah u menyentuh hati mereka sekaligus m...
Comments
Post a Comment