AKHI 2nd Mentoring


Mungkin agak terlambat. Tetapi 2nd Mentoring AKHI Club masih lagi segar di ingatan. Bertarikh 27 Februari 2011 dan bertempat di Edu Square UIAM, adik-adik mentee yang menyertai mentoring kali ini diberikan pendedahan tentang aurat lelaki dan perempuan serta bagaimana menjaga adab dan batasan pergaulan sesama lelaki dan perempuan.

Permainan pertama iaitu mencari dan mencantum kepingan puzzle dimulakan setelah kumpulan dibahagikan. Kepingan-kepingan tersebut akan membentuk empat jenis gambar yang menunjukkan kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh lelaki dan perempuan dalam berpakaian. Setelah selesai mencantumkan kepingan-kepingan tersebut, adik-adik mentee diminta menerangkan jenis kesalahan yang terdapat di dalam gambar tersebut kepada rakan-rakan sekumpulan yang lain dan juga mentor. Mentor akan membetulkan mana-mana jawapan yang salah dan menghuraikan sebab kesalahan berpakaian dan cara membetulkannya.
 
Permainan puzzle
Kepingan puzzle berjaya dicantum
Program diteruskan dengan penerangan tentang aurat sebagai seorang muslim dan muslimah. Mentor menjelaskan secara umum tentang aurat yang telah digariskan dalam peraturan Islam. Kemudian, adik-adik mentee dan mentor sama-sama bermain permainan menangkap belon. Ahli kumpulan perlu bekerjasama memastikan belon yang dibaling ke atas tidak akan jatuh. Belon yang dijaga sebaik mungkin supaya tidak jatuh ke tanah itu memberi simbol tentang pentingnya menjaga aurat walau dalam apa keadaan sekalipun kerana ianya satu kewajipan yang diamanahkan oleh Allah kepada setiap muslim dan muslimah.



Adik-adik mentee juga dibekalkan dengan sepotong ayat al-Quran dari surah Al-Isra’ ayat 32 yang menyebut tentang larangan mendekati zina. Mentor memberikan penerangan yang mengaitkan aurat dan adab pergaulan dengan perbuatan mendekati zina serta zina sendiri. Ayat tersebut jelas menghuraikan bahawa bukan sahaja perlakuan zina yang diharamkan, malah segala perbuatan yang boleh membawa kepada zina juga diharamkan seperti berdua-duaan antara lelaki dan perempuan dan berbual di telefon dengan lenggok suara yang manja. 


Mentoring kali ini membantu meningkatkan pemahaman adik-adik mentee tentang aurat dan adab pergaulan yang perlu dijaga oleh setiap individu. Semoga adik-adik sentiasa ingat akan pesan abang-abang dan kakak-kakak mentor dan sentiasa berusaha menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik setiap hari =)

Comments

Popular posts from this blog

DOA NABI MUSA

Ziarah Hari Raya Aidilfitri ke Kg Parit Ibrahim @ Pontian, Johor

Antara Cerdik Dan Baik..