Upin dan Ipin: Episod Bertudung..

Kenapa kita kena tutup aurat ek?Mestilah sebab utamanya Allah yang suruh..Kenapa lagi ?Haa..kalau nak lebih tahu, jom tengok episod Upin dan Ipin kali ni..
Malam tu, Upin dan Ipin baru sudah sembahyang Isya' dekat masjid..Kehairanan melihat seorang budak perempuan itu mengenakan tudung selepas habis bersolat, maka Ipin, pun bertanya.."Kenapa perempuan Islam kena pakai tudung, Upin?"...Haaa..apa jawabnya? Upin dengan tersenyum meminta dua biji gula-gula daripada Ipin.."Nak buat apa pulak ni.."..fikir Ipin kehairanan..Upin membuka balutan gula-gula yang pertama dan mencampakkannya ke atas pasir..Kemudiannya, Upin mencampakkan pula gula-gula yang kedua yang tidak dibuka plastik balutannya.
Lalu, Upin pun bertanya kepada Ipin.."Ha, Ipin..Gula-gula mana yang kau nak ambik?".."Mestilah yang tak bukak plastik lagi..Yang da buka tu kotor la.."..jawab Ipin..Upin bertanya lagi.."Kalau kotor, tak nak ambik la?".."Mestilah tak, yang tak buka plastik tu lagi elok" balas Ipin..Mendegar jawapan Ipin, Upin pun berkata.."Sama la dalam Islam..Islam tak mahu perempuannya dipandang tak elok oleh orang lain, sebab tu Islam suruh tutup aurat.Dan, Islam pandang mulia dan elok dekat perempuan-perempuan yang tutup aurat rambut sebagaimana kau pandang gula-gula yang plastik balutannya belum terbuka tadi berbanding yang dah terbuka tu.."..
Betul,betul,betul..Jadi, untuk kita dipandang mulia di sisi Islam dan masyarakat, kita hendaklah sentiasa menjaga aurat kita. Pakai tudung, baju tak terdedah..Yang lelaki pun sama, pakailah pakaian yang tak menampakkan aurat kita, contohnya seluar yang melebihi lutut sebab aurat lelaki yang perlu ditutup adalah antara pusat dan lutut..Ingat tu..Jaga aurat kita, Allah sayang, masyarakat pandang mulia..=)..
Ke Arah Kecemerlangan Generasi Islam..

Comments

Popular posts from this blog

DOA NABI MUSA

Ziarah Hari Raya Aidilfitri ke Kg Parit Ibrahim @ Pontian, Johor

Antara Cerdik Dan Baik..