Posts

KEM MENTORING AKHI

Image
Alhamdulillah. Semua committee dan mentor yang terlibat dalam Kem Mentoring Akhi pada 12 dan 13 haribulan Februari yang lalu mampu mengucapkan rasa lega dan syukur yang tidak terhingga kerana dengan sukacitanya telah menjayakan kem ini yang telah sekian lama tertangguh. Bertempat di sekolah Kebangsaan Setapak Indah, seramai 40 orang mentor termasuk committee dan 65 orang mentee dari Sekolah Kebangsaan Setapak Indah dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul telah menyertai kem ini. Hari pertama berkumpul Objektif kem ini adalah untuk saling mengenali dan merapatkan jurang antara mentor dan mentee, mentee dan mentee serta tidak ketinggalan antara mentor sesama mentor sendiri memandangkan ini adalah mentoring pertama untuk penggal 2010/2011 ini. Bertepatan dengan objektif tersebut, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan menjurus kepada berkongsi cerita tentang diri sendiri seperti biodata diri, buah-buahan kegemaran, dan hobi. Permainan membawa ...

Allah Jua Sebaik-sebaik Perancang

Tanggal 12 Rabi'ul awwal merupakan detik bermakna dalam sejarah Islam. Pada tanggal ini lahirnya seorang insan mulia yang menjadi nur pada seluruh umat manusia. Seorang insan yang membawa umat manusia keluar dari kegelapan menuju cahaya (iman). Seorang insan agung yang membawa manusia kepada tauhid. Baginda jualah sebaik-sebaik manusia dan menjadi contoh teladan bagi seluruh umat manusia (المثل الأعلى). Ini adalah sejarah bagi umat Islam yang tidak mungkin akan dilupakan. Apatahlagi setiap ajaran dan amalan baginda saw menjadi ikutan setiap insan yang bergelar muslim. Baginda saw tidak syak lagi merupakan role model terbaik bagi setiap insan. Dan berkongsi tarikh yang sama dengan kelahiran insan ulung ini ialah kembalinya mantan presiden AKHI Club saudara Mohd Ikhwan Mohd Jamil kepada Ilahi. Kepada penciptanya. Seruan pemilik hak dan batinnya disambut pada awal pagi tadi sekitar 3 pagi di Hospital Ampang Pandan Indah setelah terlibat dalam kemalangan pada malam sebelumnya. Ar...

Training Of Trainers

Training of Trainers (T.O.T) telah diadakan pada 2 Januari 2011 yang lalu. Walaupun tidak semua trainers yang berjaya menghadirkan diri, namun T.O.T berjaya dilangsungkan dengan bilangan trainers yang ada . Secara umumnya T.O.T adalah bertujuan memberi pemahaman kepada trainers tentang AKHI Club secara keseluruhannya. Menerusi program ini, semua trainers diberi penekanan tentang tugas-tugas setiap ahli jawatankuasa , perancangan strategic (strategic planning) AKHI Club serta tentang modul-modul yang akan digunakan di dalam setiap mentoring. Kemudian semua ahli jawatankuasa diberi peluang berbincang di dalam kumpulan mengikut jawatan masing-masing bagi membincangkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan bagi memastikan pergerakan AKHI Club sentiasa lancar dan mantap. Bagi mengisi slot riadhah, semua trainers telah mengadakan aktiviti membuat sandwich bersama-sama. Secara tidak langsung program ini adalah salah satu usaha untuk merapatkan uk...

AGM 2010/2011

Alhamdulillah. AKHI Club membuka tirai tenure baru dengan menjayakan Annual General Meeting (AGM) 2010/2011 pada 15 Disember 2010 yang lalu. Bertemakan ‘Zaman Melayu Silam’, semua trainer dan mentor lelaki mengenakan baju melayu, seluar slack serta kain pelikat yang dipakai di atas kepala. Mereka mewakili penduduk kampung. Bagi mentor perempuan, lengkap berbaju kurung kain cotton dan mengenakan kain batik di atas kepala mewakili penduduk kampong perempuan manakala trainer perempuan berbaju kurung songket dengan selendang yang diselempangkan di bahu, mewakili puteri-puteri zaman Melayu lama. AGM dimulakan dengan bacaan Asma Ul-Husna dan lagu AKHI Club. Kemudian sebagai gimik mesyuarat pada malam itu, pihak trainers telah mempersembahkan satu lakonan yang mana jalan ceritanya sedikit-sebanyak berdasarkan dua filem Melayu lama iaitu “Seniman Bujang Lapuk” dan “Puteri Gunung Ledang”. Dengan sebuah skrol yang dibawa oleh seorang trainer yang memegan...

Semut Pun Ingat Allah

Image
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah  Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman  merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di  tengah-tengah padang pasir yang tandus.  Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".  Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun menga...

Anda Sehebat Superman?

Image
Mempunyai kekuatan luar biasa... Badan seteguh besi, kelajuan sepantas cahaya, mampu menangkis peluru serta mampu terbang di udara.. Itulah "super hero" popular "Superman"..  Dan, pastinya ramai mengimpikan "Kalaulah aku boleh jadi macam Superman".. Buat pembaca sekalian, anda mampu sebenarnya! "Ala, mesti suruh bayangkan diri kita sehebat superman, macam selalu orang cakap.." mugkin keluhan sesetengah yang pernah mengunjungi program-program motivasi.. Tetapi pernahkah anda terfikir bagaimana? Sains membuktikan bahawa sebenaranya anda telah pun mempunyai kekuatan seheba t Superman! Penulis terkenal, M. D. Dr Deepak Chopra mengatakan bahawa otak manusia menghasilkan sejenis molekul yang dinamakan Neuro Peptides. Molekul ini secara literalnya dikaitkan dengan sel emosi manusia seperti seronok, sedih dan lain-lain.  Uniknya, sel emosi ini bukan sahaja berada di dalam otak malah bertebaran di seluruh badan manusia serta sel ini mampu berf...

AKHI Gold Training

Image
Bertemakan "Retreat, Revise, Rebrand", AKHI Gold Training telah dianjurkan dengan jayanya selama 3 hari yang bermula dari 24 September sehingga 26 September 2010.. Program anjuran AKHI Club kali ini bertujuan mengeratkan ikatan di antara mentor-mentor AKHI Club dan menganalisa "performance" AKHI Club sepanjang tahun ini.. AKHI Gold Training bermula di EDU Square pada 24 September 2010 yang mana pengisiannya lebih tertumpu kepada mengukuhkan ikatan di kalangan mentor-mentor AKHI.. Uniknya, pengisiannya diselitkan dengan tema Hari Raya yang masih lagi segar di kalangan mentor-mentor.. Pelbagai aktiviti dilakukan yang diselang selikan dengan mesej-mesej praktikal dalam menjana serta memulihara ikatan sesama mentor AKHI.. Pastinya tak kering gusi melihat mentor-mentor AKHI dicalit tepung oleh trainers setiap kumpulan dek kesalahan meneka tajuk lagu raya yang diutarakan.. Dan skil menulis yang terbaru, menulis uacapan raya menggunakan siku!.. Susah...