Posts

Mentoring Kedua AKHI

Image
Assalamualaikum kepada pembaca blog akhi club, kali ini akan diceritakan tentang mentoring kedua yang sgt meriah dengan gelagat adik-adik di awal pagi sume kakak, abang dan adik mentor mentee mencari semangat. berkumpul dulu dengar nasihat sebelum memulakan program. sebelum itu kite tengok kemeriahan adik adik bila sampai di uia. terima kasih adik adik kerana sanggup korbankan cuti hujung minggu untuk bersama kakak-kakak dan abang-abang akhi untuk bersama-sama belajar dan mengajar.  program diteruskan lagi. adik adik kusyuk mendengar cerita dari abang abang dan kakak mentor berehat seketika sementara merehat kan minda juga= seterusnyetilawah. adik adik duduk bersama sama abang dan kakak untuk sama sama membaca surah surah tertentu dan bacaan akan dibetulkan oleh mentor. seterusnye diteruskan program bersama didalam kumpulan. sampai ke tangga pun adik adik sanggup tunggu ye. terima kasih adik adik hari ini adik adik bel...

Mentoring Pertama AKHI

Image
Salam sejahtera semua.. Edisi kali ini akan menceritakan berkenaan  mentoring pertama AKHI untuk tahun ini. Pada 4 Mac yang lalu, Kelab AKHI telah mengadakan program mentoring yang pertama bersama-sama dengan adik-adik mentee Sekolah Setapak Indah dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. Sejajar dengan   tema   " Pretty  in   Islam ",  Mentoring kali ini  bertujuan untuk   mendedahkan adik-adik  mentee berkaitan perihal  aurat  di samping  menambah  pemahaman mereka terhadap  pergaulan sesama berlainan jantina. Sewaktu "Mass Gathering" diadakan Sebahagian mentor yang hadir Sesi Tilawah Nilai AKHI Mentor memberi tunjuk ajar kepada mentee berkaitan modul yang dijalankan Berusaha untuk mengelak bola ping pong daripada jatuh. Sesudah mentoring. "N ilai  AKHI "  modul   yang   dipanggil " Fesyen  Si   cilik "  dilaksanakan   untuk...

AKHI BRONZE WORKSHOP

Image
Alhamdulillah pada 26/2/2012 bertempat di UIAM, Akhi Club telah selesai mengadakan Bronze Workshop. Program ini dijalankan untuk  memberi latihan kepada mentor-mentor Akhi Club yang bertemakan 'Event Management' . Selain itu, program ini juga mendedahkan mentor-mentor berkenaan 'Job Scopes ' dan juga 'Programme Procedures ' . Kebanyakan aktiviti diadakan secara berkumpulan, mentor dikehendaki berbincang apakah jawatan dan tugas-tugasnya untuk melaksanakan mentoring.  semua bagi tumpuan dan fokus.. alolo..comelnye buat tepuk-tepuk donat senaman tak nak bagi mengantuk..jum belajar tepuk-tepuk Akhi bersemangatnya mentor (zamri) kita..hihi.. ape yang penting..KERJASAMA khusyuknya mentor-mentor kita berdiskusi Presenter membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing Pada sesi petang, mentor-mentor dikehendaki mempraktikkan apa yang dipelajari pada sesi pagi. Aktiviti ini diadakan dalm bentuk explorace yang bertujuan untuk...

AKHI Induction Course

Image
Bsmillahirrahmanirrahim, sudah agak lama blog AKHI CLUB ni menyepi. tapi menyepi bukan petanda tidak aktif ye. Alhamdulillah baru baru ini Akhi Club telah selesai mngadakan Induction Course. program ini dijalan kan untuk memberi gambaran secara umum tentang Akhi. awal-awal pagi ni sesi mengurut urut dulu ye sister2 and brother2 sekalian. seronok kene urut kan. khusyuknye kalian mendengar talk ice breaking!jom kenal kenalan running man!!rasanye permainan ni paling seronok. berlari lari kejar nak bunuh kawan kawan kumpulan lain kan. ni jejaka dan gadis gadis yang sudah tersingkir. masuk penjara jangan main tipu ye. dan sekarang tibalah masanye penyampaian hadiah iaitu masa yang ditunggu tunggu. sebelum balik kite buat tepuk tepuk dulu ye. ini saja untuk post kali ini, kite jumpa lagi di Akhi Bronze workshop ye rakan-rakan sekalian. jom sama-sama memeriahkan Akhi sambil belajar cara-cara mengajar adik-adik mentee kita nanti. semoga ...

AKHI New Intake 2012

Image
PENGUMUMAN! Suka dengan kanak-kanak berumur antara 10 dan 11 tahun? Suka memberi dan menyampaikan ilmu? Ingin merasa perasaan menjadi seorang mentor? Tercari-cari kelab yang berunsurkan mentoring? Jika ya, AKHI Club adalah platform terbaik anda! Dapatkan maklumat lanjut dengan mengunjungi kami di HS Square, IIUM pada 15 dan 16 Februari 2012 ini! Masa adalah dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kalau saya ahli lama? Oh! jika anda sudah menjadi ahli keluarga kami, anda juga dialu-alukan untuk sekali lagi memperbaharui keahlian kerana kami sedang melakukan rekod semula. Tapi saya ada banyak kelas. Tak sempat nak datang booth. Macam mana ni? Oh! Tak perlu gundah. Tak perlu risau. Isikan saja butir-butir peribadi anda di ruang yang disediakan di sebelah kanan blog ini. Mudahkan? :) Sebarkan berita ini ya =) Jazakumullahu khairan kathira.

AKHI Training of Trainers

Image
Alhamdulillah.. Training of Trainers (T.O.T) telah selamat dijalankan pada 11 dan 12 Februari 2012 yang lalu. Bertuah AKHI punya trainers yang sanggup mengorbankan cuti hujung minggu pertama mereka semester ini semata-mata  untuk menghadiri training . Here we go! Apa yang ada pada program ini? Mungkin itu antara persoalan yang bermain difikiran. T.O.T  adalah program pertama AKHI setiap tahun. Program ini diadakan khas untuk barisan pimpinan baru kelab. Semasa program ini, mereka didedahkan dengan aspek-aspek pembangunan jati diri dan pengurusan kelab. Menariknya program kali ini berbanding tahun-tahun lepas adalah buat julung-julung kalinya T.O.T  dijalankan selama dua hari. Hari pertama hanya menyentuh soal jati diri dan muhasabah seorang insan. Manakala, hari kedua menyaksikan mereka bertungkus lumus memikirkan perancangan-perancangan program dan perjalanan kelab untuk sepanjang tahun. Ya, ini target kami untuk AKHI ! Walaupun terpaksa ber...

Welcome Back to IIUM :)

Image
Selamat kembali kepada semua warga UIA khasnya untuk abang-abang dan kakak-kakak mentor. Tidak terlambat rasanya untuk kami mengucapkan ucapan tersebut :) Semoga semester baru ini akan membuatkan kita semua lebih bersemangat untuk terus memperbaiki diri dan memberi yang terbaik untuk ummah ini. Amin. Insya Allah, tahun ini pihak pimpinan kelab akan berusaha sebaik mungkin untuk selalu mengemaskini blog. Segala perkembangan program akan diceritakan di sini. Biiznillah :) New Semester. New Spirit. New Hope