Alhamdulillah pada 26/2/2012 bertempat di UIAM, Akhi Club telah selesai mengadakan Bronze Workshop. Program ini dijalankan untuk memberi latihan kepada mentor-mentor Akhi Club yang bertemakan 'Event Management'. Selain itu, program ini juga mendedahkan mentor-mentor berkenaan 'Job Scopes' dan juga 'Programme Procedures'. Kebanyakan aktiviti diadakan secara berkumpulan, mentor dikehendaki berbincang apakah jawatan dan tugas-tugasnya untuk melaksanakan mentoring.
 |
| semua bagi tumpuan dan fokus.. |
 |
| alolo..comelnye buat tepuk-tepuk donat |
 |
| senaman tak nak bagi mengantuk..jum belajar tepuk-tepuk Akhi |
 |
| bersemangatnya mentor (zamri) kita..hihi.. |
 |
| ape yang penting..KERJASAMA |
 |
| khusyuknya mentor-mentor kita berdiskusi |
 |
| Presenter membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing |
Pada sesi petang, mentor-mentor dikehendaki mempraktikkan apa yang dipelajari pada sesi pagi. Aktiviti ini diadakan dalm bentuk explorace yang bertujuan untuk memantapkan lagi latihan '
event management'.
 |
ada ape kt CPD ni?..
Setiap misi dan aktiviti di chek point semuanya ada tujuan dan objektifnya tersendiri. Belajar sambil berseronok. |
 |
| haha..asalnya gambar katak, tak tahu la macam mana boleh transform jadi kucing, tapi tak macam kucing..kretif nya.. |
 |
chek point terakhir..HIBURKAN SAYA..yeay, terhibur
Itulah ragam-ragam mentor kita di Bronze Workshop. Semoga latihan yang diberikan dapat di manfaatkan bukan sahaja dalam Akhi Club malah untuk semua program yang anda sertai. Moga-moga gabungan kita bersama mampu membawa Akhi Club mencapai visi dan misi. Semoga dengan latihan ini mampu memberi gambaran kepada mentor-mentor How to handle mentoring nanti!
Ini saja untuk post kali ini, kite jumpa lagi di First Mentoring ye rakan-rakan sekalian. kali ini kita akan bersama mentee-mentee yang comel. Jom sama-sama memeriahkan Akhi sambil belajar dan mengajar adik-adik mentee kita nanti. Semoga dakwah kita di nilai Allah dan diberkati. ameeen.
Towards the Excellent of Islamic Knowledge |
Comments
Post a Comment