AKHI Training of Trainers

Alhamdulillah.. Training of Trainers (T.O.T) telah selamat dijalankan pada 11 dan 12 Februari 2012 yang lalu. Bertuah AKHI punya trainers yang sanggup mengorbankan cuti hujung minggu pertama mereka semester ini semata-mata  untuk menghadiri training.


Here we go!
Apa yang ada pada program ini? Mungkin itu antara persoalan yang bermain difikiran. T.O.T adalah program pertama AKHI setiap tahun. Program ini diadakan khas untuk barisan pimpinan baru kelab. Semasa program ini, mereka didedahkan dengan aspek-aspek pembangunan jati diri dan pengurusan kelab. Menariknya program kali ini berbanding tahun-tahun lepas adalah buat julung-julung kalinya T.O.T dijalankan selama dua hari. Hari pertama hanya menyentuh soal jati diri dan muhasabah seorang insan. Manakala, hari kedua menyaksikan mereka bertungkus lumus memikirkan perancangan-perancangan program dan perjalanan kelab untuk sepanjang tahun.


Ya, ini target kami untuk AKHI !

Walaupun terpaksa bertukar tempat daripada Female Sports Complex kepada HS LT1 atas sebab-sebab teknikal, namun ini semua tidak mematahkan semangat mereka. Program kali ini turut dikendalikan oleh  Muhammad Ikhmal b. Mohd Jamil (Presiden AKHI sesi 2010/2011) dan Nadirah bt. Abd Raes (Naib Presiden AKHI sesi 2008/2009).

Role play yang menguji kesabaran salah seorang trainer :)

Moga-moga gabungan trainers lama dan baru kali ini akan terus membawa AKHI ke hadapan. Namun begitu, tanpa  kehadiran mentor dan mentee, siapalah trainers. Justeru, ayuh kita bersama-sama bergerak sebagai satu keluarga memacu AKHI demi menjayakan misi ummah ini! Amin.

Comments

Popular posts from this blog

DOA NABI MUSA

Ziarah Hari Raya Aidilfitri ke Kg Parit Ibrahim @ Pontian, Johor

Antara Cerdik Dan Baik..