2014- [Mentoring 1] Super Muslim
Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung blog AKHI yang dikasihi... :) :D
Alhamdulillah. Pada 2 May 2014 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul telah berlangsung siri mentoring AKHI yang kedua bertemakan " Super Muslim". Pada mentoring kali ini pula, para mentee telah didedahkan tentang nilai-nilai Islam seperti cara menutup aurat yang betul dan cara pergaulan antara lelaki dan perempuan. Tujuannya adalah untuk membantu para mentee agar lebih memahami ajaran Islam yang dipraktikan dalam kehidupan seharian mereka. Jom tengok gambar untuk mengetahui dengan lebih lanjut aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan kita.
Bonding Time : Mentor bersama mentee menggayakan gaya masing2 dalam menghidupkan enjin motorsikal..
Adik-adik diuji cara bacaan dan dinilai bacaan mereka untuk surah2 lazim dalam sembahyang
Police Fashion : Adik-adik mentee bermain explorace tentang menutup aurat yang mengikut syariat Islam
Para mentor mendidik adik2 cara mengambil wudhu'yang betul dan doa selepas mengambil wudhu'
Setelah itu, adik- adik diajar tentang rukun-rukun solat dan cara yang betul dalam melaksanakan ibadah yang wajib ini. Adik-adik juga diajar situasi keadaan ketika sembahyang seperti menjadi imam masbu'.
Setelah 2 hari berlangsungnya kem,pada hari terakhir para mentor bersama adik2 duduk bersama di dalam satu kumpulan dan mentor berkongsi cerita bersama adik2 tentang kisah2 dan sejarah khalifah al-rasyidin.Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik.Majlis penutup diserikan dengan aktiviti penyampaian hadiah bagi kumpulan yang menang dan sesi pengambaran.
Akhir kalam,semoga adik2 sema mendapat manfaat daripada aktiviti kta sepanjang tiga hari dua malam tersebut dan sampai berjumpa lagi pada mentoring yang akan datang....^_^
Comments
Post a Comment