2014 - Intellectual Dicourse [STUDY VS SOCIETY]

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung blog AKHI yang dikasihi... :) :D

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan nikmat hidup yang tidak terhingga ini. Baiklah, hampir satu sem Kelab AKHI mengendalikan beberapa program 'mentoring' untuk adik-adik sepanjang semester ini, maka tibalah masa dimana para mentor akan berehat seketika daripada program dan mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan akhir semester yang kian kunjung tiba. Pada 13 May 2014 yang lalu bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kelab AKHI telah mengadakan satu program motivasi dengan kolaborasi bersama kelab JASA  yang bertajuk "STUDY VS SOCIETY". Program yang telah dihiasi dengan beberapa tetamu jemputan yang tidak asing lagi seperti Presiden SRC IIUM, Bro. Fikri Ahmad dan Ustaz Hamid Jusoh, Pensyarah IIUM serta moderator, Bro. Fawzy Afdza membincangkan beberapa isu serta dilema yang dihadapi oleh para pelajar dalam mengendalikan tanggungjawab terhadap kelab dan pembelajaran dalam masa yang sama. Ia bukannya sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan bagi setiap mahasiswa dan mahasiswi jika tidak mempunyai kekuatan serta kestabilan rohani dan jasmani dari dalam diri yang tinggi. Diharapkan melalui perbincangan ini, sedikit sebanyak para mentor semua dapat mengambil iktibar, nasihat dan panduan dalam menjalani kehidupan  mereka sebagai seorang pelajar dan membahagikan tanggungjawab dengan sebaiknya. Seperti dalam kelab AKHI, para mentor serta trainer sering
diingatkan dengan prinsip oleh Presiden Kelab AKHI, Br. Hadi Ahmad Nazri bahawa "Study is always No. 1, but Society never  fall No.2 or No.3 or even No.10".  Jadi fikir-fikirkanlah dan Selamat Beramal....All the best semua untuk final exam. Semoga Allah merahmati usaha kita selama ini. Amin, In Shaa Allah.

                                

                                
                                

Comments

Popular posts from this blog

DOA NABI MUSA

Ziarah Hari Raya Aidilfitri ke Kg Parit Ibrahim @ Pontian, Johor

Antara Cerdik Dan Baik..