2014-IIUM TALENTED kids PROJECT " Future Entrepreneur"

Assalamualaikum w.b.t buat semua pengunjung blog AKHI yang dikasihi. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi. Pada 9-12 June 2014, bertempat di Persona Village Resort, Taman Negara Pahang, Kelab AKHI dngan kerjasama pihak CENSERVE IIUM telah mengadakan siri kedua program IIUM Talented Kids Project yang bertemakan "Unleash the Potential,Embrace The Future". Seramai 60 orang peserta telah terpilih bagi menyertai program ini yang terdiri daripada 30 orang mentor dan 30 orang mentee. Objektif utama program  ini adalah untuk memberi inspirasi kepada para mentee dalam menjadi seorang usahawan, mendidik mereka menjadi seorang yang mandiri serta mencungkil bakat terpendam para mentee agar mereka berasa lebih bersyukur dan menghargai kelebihan diri mereka. Justeru, pelbagai modul menarik telah disediakan bagi para mentee sepanjang empat hari program dijalankan. Antaranya mengedit foto (Photo Editing), membuat bingkai gambar (Photo Frame), batik ikat celup (Tie Dye Batik), mengedit video (Video Editing) serta membuat Tote Bag. Mari kita saksikan gambar-gambar sepanjang program tersebut dijalankan.

Proses Mengedit Foto dan Video














Membuat Bingkai Gambar ( Photo Frame)

  

Batik Ikat Celup (Tie Dye Batik)

 

Membuat Tote Bag




Di samping itu, terdapat beberapa aktiviti lain yang turut diadakan bagi mengeratkan hubungan sillaturrahim
antara mentor dan mentee sepanjang program dijalankan. Antara aktiviti tersebut adalah seperti Ice Breaking,Sukaneka, dan Malam Cinta Rasul. Tujuan aktiviti-aktiviti seperti ini diadakan adalah untuk menyemai rasa kasih dan sayang antara mentor dan mentee sebagai sebuah keluarga baru agar para mentor dapat mengenali latar belakang para mentee dan memberikan tunjuk ajar serta nasihat kepada para mentee seterusnya menjadi contoh kepada mereka.

Sesi Ice Breaking



Sukaneka                                  Riadah

   
                                              Ikatan Kasih 2





                                              Fear Factor AKHI

    
     
   

Malam Cinta Rasul

Pada malam tersebut, para mentee beserta mentor masing-masing dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada dua kumpulan lelaki dan dua kumpulan perempuan. Setiap kumpulan telah diberi jenis persembahan yang akan dipersembahkan pada malam tersebut seperti nasyid, lakonan dan choral speaking. Para mentor dan mentee juga dikehendaki menghasilkan sebuah persembahan yang bertemakan cinta kepada rasul. Ternyata para mentee mempunyai bakat terpendam yang sangat mengagumkan. Persembahan pada malam tersebut berjalan dengan jayanya, penuh semangat dan dihiasi dengan wajah-wajah penuh kegembiraan. 



Program diteruskan lagi dengan aktiviti kemuncak yang dinanti-nantikan oleh semua peserta iaitu Rapid Shooting di Sungai Taman Negara Pahang. Aktiviti tersebut diadakan pada pagi terakhir semua peserta berada di sana dan perjalanan ke sungai tersebut hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit dari tempat penginapan. Sebanyak empat buah bot telah disewa pada hari tersebut,nyata terpancar wajah kegembiraan para mentor dan mentee pada hari tersebut. Selain dibawa bersiar-siar sekitar sungai untuk menikmati keindahan alam semulajadi dan melihat perkampungan orang asli, aktiviti lain seperti Water Splashing turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana pada pagi tersebut.Mari kita saksikan wajah-wajah kegembiraan mereka ^-^..
 

   












Sebelum IIUM Talented Kids Project melabuhkan tirainya, aktiviti diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para mentee dan sedikit ucapan ringkas daripada Presiden Kelab AKHI, Muhammad Hadi B. Ahmad Nazri dan pegawai sokongan dari pihak CENSERVE IIUM. Setelah selesai sesi penyampaian hadiah, para mentor dan mentee bersalaman sebelum bertolak kembali ke sekolah masing-masing. Diharapkan program yang telah dijalankan selama empat hari ini memberi manfaat yang besar buat para mentee dan in shaa Allah dapat menjadi inspirasi buat para mentee dalam melahirkan pemangkin usahawan muda suatu hari nanti.Aminyarabbalalain. Selamat Bercuti dan terima kasih diucapkan kepada adik-adik di atas kesudian meluangkan masa cuti untuk menyertai program yang dijalankan. Sampai kita bertemu lagi di bulan Ramadhan. Jaga diri, Jaga Iman dan Jaga Amal. Assalamualaikum w.b.t ^_^
 

Comments

Popular posts from this blog

DOA NABI MUSA

Ziarah Hari Raya Aidilfitri ke Kg Parit Ibrahim @ Pontian, Johor

Antara Cerdik Dan Baik..