Posts

Showing posts from June, 2014

2014-IIUM TALENTED kids PROJECT " Future Entrepreneur"

Image
Assalamualaikum w.b.t buat semua pengunjung blog AKHI yang dikasihi. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi. Pada 9-12 June 2014, bertempat di Persona Village Resort, Taman Negara Pahang, Kelab AKHI dngan kerjasama pihak CENSERVE IIUM telah mengadakan siri kedua program IIUM Talented Kids Project yang bertemakan "Unleash the Potential,Embrace The Future" . Seramai 60 orang peserta telah terpilih bagi menyertai program ini yang terdiri daripada 30 orang mentor dan 30 orang mentee. Objektif utama program  ini adalah untuk memberi inspirasi kepada para mentee dalam menjadi seorang usahawan, mendidik mereka menjadi seorang yang mandiri serta mencungkil bakat terpendam para mentee agar mereka berasa lebih bersyukur dan menghargai kelebihan diri mereka. Justeru, pelbagai modul menarik telah disediakan bagi para mentee sepanjang empat hari program dijalankan. Antaranya mengedit foto ( Photo Editing ), membuat bingkai gambar ( Photo Frame ), batik ikat celup ( Tie Dye Batik ), m...

2014 - Intellectual Dicourse [STUDY VS SOCIETY]

Image
Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung blog AKHI yang dikasihi... :) :D Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan nikmat hidup yang tidak terhingga ini. Baiklah, hampir satu sem Kelab AKHI mengendalikan beberapa program 'mentoring' untuk adik-adik sepanjang semester ini, maka tibalah masa dimana para mentor akan berehat seketika daripada program dan mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan akhir semester yang kian kunjung tiba. Pada 13 May 2014 yang lalu bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kelab AKHI telah mengadakan satu program motivasi  dengan kolaborasi bersama kelab JASA   yang bertajuk "STUDY VS SOCIETY". Program yang telah dihiasi dengan beberapa tetamu jemputan yang tidak asing lagi seperti Presiden SRC IIUM, Bro. Fikri Ahmad dan Ustaz Hamid Jusoh, Pensyarah IIUM serta moderator, Bro. Fawzy Afdza membincangkan beberapa isu serta dilema yang dihadapi oleh para pelajar dalam mengendalikan tanggungjaw...

2014- CHAMP Mega Mentoring Project

Image
Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung blog AKHI yang dikasihi... :) :D Alhamdulillah. Pada 20 April 2014, bermula daripada 8 pagi sehingga 4 petang,bertempat di Universiti Islam Antarabangsa telah berlangsung Children Mega Mentoring Project  yang bertemakan " English and Mathematics". Ini merupakan projek mentoring yang terbesar bagi Kelab AKHI kerana merupakan gabungan bersama tiga 'mentoring based-club' di bawah naungan CENSERVE yang lain seperti Kelab Titian Wahyu,Gemilang dan Sendi . Program ini juga turut melibatkan beberapa buah sekolah rendah dibawah kendalian setiap kelab. Pada  mentoring ini, para mentee telah didedahkan  tentang kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris dan Matematik dalam kehidupan seharian mereka. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program tersebut. Jom kita tengok gambar ^_^...   Menyambut ketibaan adik-adik di UIA.....                         ...