Posts

Showing posts from November, 2010

Semut Pun Ingat Allah

Image
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah  Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman  merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di  tengah-tengah padang pasir yang tandus.  Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".  Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun menga...

Anda Sehebat Superman?

Image
Mempunyai kekuatan luar biasa... Badan seteguh besi, kelajuan sepantas cahaya, mampu menangkis peluru serta mampu terbang di udara.. Itulah "super hero" popular "Superman"..  Dan, pastinya ramai mengimpikan "Kalaulah aku boleh jadi macam Superman".. Buat pembaca sekalian, anda mampu sebenarnya! "Ala, mesti suruh bayangkan diri kita sehebat superman, macam selalu orang cakap.." mugkin keluhan sesetengah yang pernah mengunjungi program-program motivasi.. Tetapi pernahkah anda terfikir bagaimana? Sains membuktikan bahawa sebenaranya anda telah pun mempunyai kekuatan seheba t Superman! Penulis terkenal, M. D. Dr Deepak Chopra mengatakan bahawa otak manusia menghasilkan sejenis molekul yang dinamakan Neuro Peptides. Molekul ini secara literalnya dikaitkan dengan sel emosi manusia seperti seronok, sedih dan lain-lain.  Uniknya, sel emosi ini bukan sahaja berada di dalam otak malah bertebaran di seluruh badan manusia serta sel ini mampu berf...

AKHI Gold Training

Image
Bertemakan "Retreat, Revise, Rebrand", AKHI Gold Training telah dianjurkan dengan jayanya selama 3 hari yang bermula dari 24 September sehingga 26 September 2010.. Program anjuran AKHI Club kali ini bertujuan mengeratkan ikatan di antara mentor-mentor AKHI Club dan menganalisa "performance" AKHI Club sepanjang tahun ini.. AKHI Gold Training bermula di EDU Square pada 24 September 2010 yang mana pengisiannya lebih tertumpu kepada mengukuhkan ikatan di kalangan mentor-mentor AKHI.. Uniknya, pengisiannya diselitkan dengan tema Hari Raya yang masih lagi segar di kalangan mentor-mentor.. Pelbagai aktiviti dilakukan yang diselang selikan dengan mesej-mesej praktikal dalam menjana serta memulihara ikatan sesama mentor AKHI.. Pastinya tak kering gusi melihat mentor-mentor AKHI dicalit tepung oleh trainers setiap kumpulan dek kesalahan meneka tajuk lagu raya yang diutarakan.. Dan skil menulis yang terbaru, menulis uacapan raya menggunakan siku!.. Susah...

AKHI 6th Mentoring

Image
Wah, seminggu selepas AKHI 5th Mentoring menyusul pulak AKHI 6th Mentoring.. Bertungkus lumus par mentor AKHI membuat persiapan bagi menyambut kedatangan bala tentera cilik AKHI nantii biarpun masih dibayangi keletihan mentoring yang lepas.. Tapi mentoring yang keenam ni "special" sikit.. Sebabnya mentoring ni merupakan metoring yang terakhir anjuran AKHI Club buat tahun 2010 ni.. Al kisahnya, pada malam "final touch" mentoring tersebut syahdu menyelubingi seketika mentor2 AKHI bahkan ada juga mentor yang terbit air matanya.. Pada 8 Ogos 2010, maka berlangsunglah mentoring AKHI yang keenam.. Seperti biasalah, mentor-mentor AKHI telah bersedia awal bagi menyambut kehadiran mentee-mentee mereka.. jejaknya kaki mereka di EDU Square, maka bertukarlah keheningan pagi dengan riuh gempita suara-suara mentee-mentee AKHI.. Selepas menjamah sarapan, bergeraklah para mentor dan juga mentee mereka untuk sesi yang pertama pada mentoring kali ini.. Modul Bahas Ing...