Posts

AKHI SPORT DAY 3.0 : Brain It On!

Image
Alhamdulillah dengan berkat dan kurniaan Allah , Akhi Sport Day 3.0 telah berjaya di laksanakan dengan sempurna pada 6-8/10/2017 yang bertemakan "Brain it On" Pelbagai aktiviti menarik telah berjaya dijalankan antaranya aktiviti bola sepak,bola jaring ,sukaneka ,permainan tradisional dan sebagainya. Kesemua peserta dibahagikan kepada 4 pasukan yg tidak kurang hebatnya iaitu Hissan,Asad,Ankabut dan juga Ababil. Terima Kasih kami ucapkan kepada semua para peserta daripada baris an ahli jawatan kuasa AKHI sport day,barisan mentor, dan juga adik-adik AKHI Sk Taman Samudra. Tidak lupa juga kepada barisan Alumni Akhi Club yang turut hadir memeriahkan majlis hari sukan Akhi pada tahun ini. Semoga dengan pogram sukan ini, ia dapat mengekalkan kesihatan yg baik dalam diri kita agar terus dapat melakukan aktiviti harian dengan penuh bertenaga. Dan akhir kata ''Healthy Lifestyle Towards A Better Ummah " ...

MALAM TAUTAN AKHI 2017

Image
"KNOWING AKHI, WE ARE FAMILY " Alhamdullillah, Kelab AKHI telah berjaya mengadakan Malam Tautan AKHI pada 19 September 2017 (Selasa) pada jam 8 Malam sehingga 11 malam . Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada mentor baru tentang Kelab AKHI. Antara aktiviti yang di jalankan pada malam tersebut seperti forum serta modul khas . Pelbagai tajuk yang dibincangkan seperti ,pengenalan Kelab AKHI ,peranan serta sumbangan mahasiswa kepada masyarakat. Antara panel jemputan khas pada malam tersebut yang turut hadir berkongsi ilmu dan pengalaman beliau ialah saudara Afiq Mustaffa selaku President Kelab AKHI dan Ustaz Taufek selaku Guru Besar SK Taman Samudra. Terima kasih kepada semua komiti yang telah menjayakan program tersebut dan tidak lupa juga kepada mentor yang sudi meluangkan masa bersama Kelab AKHI. Semoga bertemu lagi di program akan datang!!!!

SEMINAR PRINSIP PERAKUANAN

Image
[Invitation Program] Alhamdulillah, Kelab Akhi telah dijemput oleh Pusat Tuisyen Smart Genius untuk bersama-sama menjayakan sebuah program berteraskan akademik buat julung kalinya. Seminar Prinsip Perakaunan Objektif: -Untuk berkongsi cara-cara untuk mempelajari subjek Perakaunan dengan lebih mendalam. 27 Ogos 2017 (Ahad) Mini Auditorium, IIUM Gombak. Towards The Excellence of Islamic Generation.