Alhamdulillah, Kelab Akhi telah dijemput oleh Pusat Tuisyen Smart Genius untuk bersama-sama menjayakan sebuah program berteraskan akademik buat julung kalinya.
Seminar Prinsip Perakaunan
Objektif: -Untuk berkongsi cara-cara untuk mempelajari subjek Perakaunan dengan lebih mendalam.
Dalam dunia ini penuh dengan peristiwa pengorbanan. Selalunya ia dapat memberikan semangat kepada yang lainnya untuk melakukan sesuatu perkara yang menuntut untuk kita korbankan sesuatu juga. Pada ketika pengorbanan itu berlaku, kita juga diuji untuk meneruskan segala apa yang kita telah yakini atau kita lepaskan sahaja pengorbanan itu pergi kemudian boleh untuk kita bersenang lenang sendiri. Apa yang mungkin kita tidak sedar, segala suka duka, kepenatan, jerit pedih yang kita lalui sebenarnya telah menjadikan kita lebih baik daripada apa yang sebelumnya. Setelah semua itu berlaku, sedar tidak sedar segala ujian itu telah pun kita lalui, sebahagian besar kepenatan, kesakitan dan kepayahan telah pun kita lupa dan kita mula merasai nikmat kerana telah berjaya untuk mengharungi. “Apakah telah sampai kepadamu kisah Musa” (Surah Taha : 9) Pernahkan kamu mendengar kisah Nabi Musa dan segala pengorbanan Nabi Musa dalam menyebarkan kebenaran. Ketika Nabi Musa send...
Bertemakan "Retreat, Revise, Rebrand", AKHI Gold Training telah dianjurkan dengan jayanya selama 3 hari yang bermula dari 24 September sehingga 26 September 2010.. Program anjuran AKHI Club kali ini bertujuan mengeratkan ikatan di antara mentor-mentor AKHI Club dan menganalisa "performance" AKHI Club sepanjang tahun ini.. AKHI Gold Training bermula di EDU Square pada 24 September 2010 yang mana pengisiannya lebih tertumpu kepada mengukuhkan ikatan di kalangan mentor-mentor AKHI.. Uniknya, pengisiannya diselitkan dengan tema Hari Raya yang masih lagi segar di kalangan mentor-mentor.. Pelbagai aktiviti dilakukan yang diselang selikan dengan mesej-mesej praktikal dalam menjana serta memulihara ikatan sesama mentor AKHI.. Pastinya tak kering gusi melihat mentor-mentor AKHI dicalit tepung oleh trainers setiap kumpulan dek kesalahan meneka tajuk lagu raya yang diutarakan.. Dan skil menulis yang terbaru, menulis uacapan raya menggunakan siku!.. Susah...
Melentur buluh tentulah dari rebungnya. Bertolak daripada kesedaran itu, mahasiswa-mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menganjurkan program Children Mentoring Project (CHAMP). Projek besar ini diterajui oleh ahli-ahli Kelab Anak-anak Berakhlak Islam (AKHI) bersama-sama anggota Kelab Gemilang, Kelab Semaian Budi (Sendi), dan Kelab Titian Wahyu. Semua kelab ini berada di bawah naungan Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti (CENSERVE), UIAM. Projek CHAMP berusaha mendidik para peserta yang terdiri daripada kanak-kanak untuk menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Kanak-kanak yang menyertai program ini terdiri daripada golongan yang mendapat bantuan zakat (asnaf) dan baitulmal. Peserta dan penganjur diakrabkan melalui peranan sebagai mentor dan mentee. Sembilan buah sekolah ikut serta dalam program ini iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul, Sekolah Kebangsaan Setapak Indah, Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri, Sekolah Kebangsaan Batu Muda, Sekolah...
Comments
Post a Comment