Posts

AL FATEH MENTORING CAMP 3 : SUPER WILDAN

Image
Kem Mentoring Al-Fateh 3: SUPER WILDAN Tarikh: 22 & 23 Julai 2017 Tempat: SK Taman Samudra, Batu Caves Alhamdulillah, Kem Mentoring Al-Fateh 2 telah berjaya diadakan dengan bertemakan Super Wildan. Kem Mentoring Al-Fateh 2 tentang penjagaan diri sendiri dan persekitan bagi memastikan 3 elemen ini ada dalam diri adik-adik iaitu sihat, kemas dan cerdas. Nilai Akhi 1 ialah slot modul menekankan kepentingan pengurusan diri, bangun awal pagi dan mengulangkaji pelajaran. Dalam slot ini, mentee diberikan kad dan puzzle, gam, kotak surat khabar, plastik, kertas sticker dan kertas kotak jadual. Nilai akhi 2 memberi pendedahan tentang perubahan-perubahan yang berlaku ketika akil baligh. Sementara itu, adik-adik telah mempelajari cara-cara untuk mandi wajib dengan betul. Nilai akhi 3 membantu adik-adik untuk membuat perkara asas harian seperti menggosok pakaian, membasuh pakaian, melipat pakaian, gosok gigi, mandi dengan sabun dan shampoo. Kem mentoring kali ...

KEMBARA SYAWAL 4.0

Image
KEMBARA SYAWAL 4.0 Alhamdulilah untuk syawal kali ini telah ada beberapa sesi kembara yang dapat dilakukan oleh sekalian ahli dalam keluarga AKHI. Ramai yang terlibat dan banyak juga rumah yang dapat kami ziarahi sepanjang kembara. Antara kembara yang dapat dilakukan adalah di utara, selatan, pantai timur, Kuala Lumpur dan Selangor. Jumlah keseluruhan 28 rumah yang berjaya kami ziarah dalam kembara kali ini. Untuk yang pertama, terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan rumah sekalian kerana sudi menjemput kami datang ke rumah dan masakkan masakan yang sedap-sedap untuk kami. Tiadalah apa yang kami boleh balas ketika itu melainkan doa supaya seluruhnya dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. Kepada yang turut serta, kehadiran anda dalam kembara kali ini telah menciptakan satu memori yang cukup indah. Masih tiada perkataan dalam kamus untuk menggambarkan betapa gembiranya kami saat kalian sudi untuk bersama-sama dalam kembara ini. Barulah leb...

DOA NABI MUSA

Image
Dalam dunia ini penuh dengan peristiwa pengorbanan. Selalunya ia dapat memberikan semangat kepada yang lainnya untuk melakukan sesuatu perkara yang menuntut untuk kita korbankan sesuatu juga. Pada ketika pengorbanan itu berlaku, kita juga diuji untuk meneruskan segala apa yang kita telah yakini atau kita lepaskan sahaja pengorbanan itu pergi kemudian boleh untuk kita bersenang lenang sendiri. Apa yang mungkin kita tidak sedar, segala suka duka, kepenatan, jerit pedih yang kita lalui sebenarnya telah menjadikan kita lebih baik daripada apa yang sebelumnya. Setelah semua itu berlaku, sedar tidak sedar segala ujian itu telah pun kita lalui, sebahagian besar kepenatan, kesakitan dan kepayahan telah pun kita lupa dan kita mula merasai nikmat kerana telah berjaya untuk mengharungi. “Apakah telah sampai kepadamu kisah Musa” (Surah Taha : 9) Pernahkan kamu mendengar kisah Nabi Musa dan segala pengorbanan Nabi Musa dalam menyebarkan kebenaran. Ketika Nabi Musa send...

AL FATEH MENTORING CAMP 2 : MASTER JUNIOR (2017)

Image
JOM KITA THROWBACK KESERONOKAN AL FATEH MENTORING CAMP 2 YANG BERTEMAKAN MASTER JUNIOR!! Kem Mentoring Al-Fateh 2: MASTER JUNIOR Tarikh: 5&6 Mei 2017 Tempat: Bangunan education,UIAM Alhamdulillah, Kem Mentoring Al-Fateh 2 telah berjaya diadakan dengan bertemakan Master junior. Kem Mentoring Al-Fateh 2 memfokus tentang dua kemahiran dalam kehidupan iaitu kemahiran memasak dan kemahiran menjahit. Nilai Akhi 1 adalah slot modul di mana objektifnya ialah untuk mengajar mentee tentang kemahiran menjahit. Dalam slot ini, mentee diberikan perca kain, jarum dan benang untuk menjahit bantal Akhi. Aktiviti ini dipantau oleh mentor. Nilai akhi 2 memfokuskan tentang kemahiran memasak di mana ia mengajar mentee untuk memasak dengan menggunakan bahan yang sedia ada di rumah. Semoga dengan sedikit ilmu dan perkongsian dari kami dapat memberi manfaat kepada mentee pada masa hadapan. Kakak Dayana sedang memberi penerangan kepada adik-adik Barisan SU kita y...