KEMBARA SYAWAL 4.0
KEMBARA SYAWAL 4.0
Alhamdulilah
untuk syawal kali ini telah ada beberapa sesi kembara yang dapat dilakukan oleh
sekalian ahli dalam keluarga AKHI. Ramai yang terlibat dan banyak juga rumah
yang dapat kami ziarahi sepanjang kembara.
Antara
kembara yang dapat dilakukan adalah di utara, selatan, pantai timur, Kuala
Lumpur dan Selangor. Jumlah keseluruhan 28 rumah yang berjaya kami ziarah dalam
kembara kali ini.
Untuk
yang pertama, terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan rumah sekalian
kerana sudi menjemput kami datang ke rumah dan masakkan masakan yang
sedap-sedap untuk kami. Tiadalah apa yang kami boleh balas ketika itu melainkan
doa supaya seluruhnya dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.
Kepada
yang turut serta, kehadiran anda dalam kembara kali ini telah menciptakan satu
memori yang cukup indah. Masih tiada perkataan dalam kamus untuk menggambarkan
betapa gembiranya kami saat kalian sudi untuk bersama-sama dalam kembara ini.
Barulah lebih kenal perangai masing-masing dan kita masih ada waktu lagi untuk
lebih saling kenal-mengenal.
Di
dalam AKHI ini kamu boleh jumpa ramai orang dari banyak tempat di semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak dan sehingga ke Acheh juga. Kita juga sangat
beruntung kerana kemana sahaja yang kita pergi, jika kena dengan tempat
beberapa mentor, cuma perlu beritahu sahaja, kami tiada masalah untuk saling
bantu membantu jika ada masalah atau menjemput untuk ziarah ke rumah.
Manusia
paling banyak waktunya itu senang untuk bersama dalam keadaan yang mereka rasa
sungguh bertuah memiliki sesuatu yang sangat berharga dalam hidup ini iaitu
persahabatan. Semoga persahabatan yang telah kita jalinkan kekal hingga pada
saat untuk dinyatakan siapa di antara manusia yang hidup disamping kamu itu
banyak menarik kamu ke jalan yang sepatutnya kamu lalui, nama-nama kami terus
sahaja dinyatakan pada saat jujur adalah perkara kemestian. Harapnya kita dapat kekal pada jalan yang sepatutnya.
Semoga
dengan berkat bulan syawal ini, kita dapat saling bermaaf-maafan dan juga
berkenal-kenalan dengan menziarahi antara satu sama lain.
Terima
kasih semua.
Rumah Aai (Benut, Johor) |
Rumah Nazrin (Batu Pahat, Johor) |
Rumah Ety (Lenga, Johor) |
Rumah Afiq (Muar, Johor) |
Rumah Adi (Muar, Johor) |
Rumah Syikin (Batu Pahat, Johor) |
Rumah Kak Fadhilah (Tumpat, Kelantan) |
Rumah Syafiqah (Rantau Panjang, Kelantan) |
Rumah Natasha (Kok Lanas, Kelantan) |
Rumah Sarina (Felcra Lubuk Sireh, Perlis) |
Rumah Nuha Farhana (Alor Setar, Kedah) |
Rumah Shafizan (Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah) |
Rumah Hafizah (Langgar, Alor Setar, Kedah) |
Rumah Haeqal (KG Balik Bukit, Chuping, Perlis) |
Rumah Abang Fadzly (Batu Caves, Selangor) |
Rumah Najihah (Greenwood, Selangor) |
Rumah Shamilah (Rawang, Selangor) |
Rumah Shaza (Sepang, Selangor) |
Rumah Pak Cik Miji (Putrajaya, Selangor) |
Rumah Najihah Rosmi (Bangi, Selangor) |
Rumah Nadiah (Bangi, Selangor) |
Rumah Miji (Rawang, Selangor) |
Rumah Wahidah (Bachang, Melaka) |
Rumah Kucai (Selandar, Melaka) |
Rumah Kak Aisyah (Alor Gajah, Melaka) |
Rumah Fahmi (Batu Caves, Selangor) |
Comments
Post a Comment