Posts

TRAINING OF TRAINERS 1 (2017)

Image
TRAINING OF TRAINERS (PHASE 1) Pada 27-29 Januari 2017 (Jumaat-Ahad) yang lalu barisan kepimpinan Kelab AKHI 2016/2017 telang mengadakan program "TRAINING OF TRAINERS (PHASE 1) Alhamdulillah program yang akan memberi manfaat kepada semua ini bertujuan untuk memberi ruang kepada para trainers AKHI CLUB untuk menyusun serta membincangkan segala aktiviti - aktiviti yang bakal diadakan sepanjang 2017 ini. Semoga apa yang telah dirancang dan dibincangkan akan dipermudahkan untuk dilaksanakan sepanjang tahun in i.. Dengan ini kami barisan kepimpinan KELAB AKHI memohon sokongan, dorongan serta doa dari semua pihak demi mencapai apa yang telah di impikan semua untuk kelab ini.  

MAINBOARD AKHI CLUB 2016/2017

Image
Aku bangga dengan mereka semua. Semakin itu juga aku yakin mereka ini semua harapan yang bakal mengubah sesuatu menjadi sungguh bermakna.  😊 Lihat sahaja pemikiran-pemikiran ini yang diasah khas memikir kebaikan setiap perkara dibincangkan. Semakin itu juga mereka akan mula memikirkan kepentingan orang lain juga dalam diri mereka. Bukan hanya memikirkan tentang kepentingan diri sahaja. Setiap cerita itu ada permulaan. Setiap cerita itu ada juga penghujung. Dan ditengah-tengah itu bukan terselit tapi terkandung perbagai kegembiraan, penderitaan, kesakitan dalam penceritaan. Mesti ingat, dalam setiap apa yang ingin dicapai, tidak usah terlalu bangga dengan apa yang kau telah capai. Kerana nanti ketika dihitung, mana yang lebih penting, usaha kamu atau apa yang kamu telah capai?  🤔 Ingat kembali kisah nabi Nuh. Sepanjang beratus atau beribu tahun dia hidup, berapa ramai yang telah masuk Islam? Tapi cuba bayangkan berapa banyak u...

AKHI CLUB AGM 2016/2017

Image
AKHI CLUB AGM  2016/2017 Alhamdulillah... Dengan izin Allah s.w.t, 6 Disember 2016 menjadi tarikh bersejarah dalam kalendar Akhi Club. Annual General Meeting (AGM) telah mengakhiri segala program Akhi Club sepanjang tahun 2016 iaitu majlis perlantikan dan penyerahan watikah bagi tenure baharu 2016/2017. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada trainers yang bakal menyambung legasi Akhi Club. Semoga anda semua dapat melaksanakan amanah yang diturunkan sebaik mungkin dengan melakukannya bersungguh-su ngguh demi kelab yang tercinta ini. Kepada bekas trainers 2015/2016, anda sentiasa menjadi keluarga kami dan kekal dalam ingatan kami sepanjang masa. Akhi Club amat menghargai pengorbanan dan jasa anda semua yang tidak ternilai harganya. Akhir kata, semoga segala usaha kita akan memberatkan timbangan mizan di akhirat nanti. Inshaa Allah.   😊

AKHI APREMA DAY 2016

Image
2016- AKHI APREMA DAY (APPRECIATION AND MAHABBAH DAY Bismillahirrahmanirrahim... 😄 Segala puji hanya bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Program Aprema 2016 iaitu program yang terakhir bagi para mentor telah menutup tirainya pada 26 November yang lepas. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para hadirin yang sudi meluangkan masa bersama Akhi Club untuk memeriahkan program ini. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada mentor-mentor yang memenangi anugerah pada malam itu. Harapan kami kepada anda semua semoga terus setia bersama kami dan menaburkan bakti kepada masyarakat di negara yang dirahmati Allah ini. Semoga perjuangan kita tidak berakhir di sini. Hargailah ukhuwwah yang telah dibina antara kita dan semoga Allah mengeratkan ikatannya selama-lamanya. Hidup, Penuh sekali dengan liku-liku, Dan  Antara kau dan aku itu, Ada sesuatu yang menyatu. Jalan, Kita pilih jalan ini bersama,  Kita lalui bersama, Kita tempuhi suka duka bersama, Me...

AL FATEH MENTORING CAMP 4: ENGLISH IS FUN (2016)

Image
Alhamdulillah pada 11-13/11/2016 Akhi Club IIUM  telah berjaya menamatkan mentoring yang terakhir pada tahun 2016 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. Mentoring terakhir ini bertemakan ''English Is Fun'' yang membawa objektif utama iaitu memupuk minat para mentee kepada bahasa inggeris serta mengajar mereka perkataan-perkataan inggeris yang mudah agar mereka dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan mentoring kita pada kali ini. Semoga kita bertemu lagi di program akan datang .InshaAllah.