Posts

KEMBARA SYAWAL 3.0 MELAKA/JOHOR

Image
Masak udang dan gulai ketam, Pembasuh mulut kuih keria , Berbunyi mercun berdetum detam, Riang gembira dihari raya. Selamat Hari Raya kami ucapkan kepada Nur Asyikin, Nazrin, Fatin Hazwani, Shahirah Izzati, Wazien, Afiq Mustaffa, Khuzairie, Kak Aisyah, Afnan, Wahidah Nabilah, Kak Wani, Maisarah dan Shaza, terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami  Semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan, inshaa Allah.

KEMBARA SYAWAL 3.0 SELANGOR/KL

Image
Tersergam indah berbaju melayu, Berbaju kurung cantik bergaya, Masakan tradisi dan moden menjadi menu. Terima kasih abang Shafan, adik Amalia, Shamilah, kak Zahrah, Najihah, adik Adam, adik Husna, adik Syafiqah, abang Fadzly, adik Afaf, Arif Yusof dan cikgu Azman. Selagi berkemampuan, tradisi Akhi untuk ziarah-menziarahi bersama-sama, khususnya pada bulan Syawal, akan terus diterap, In Shaa Allah.

SANTAI

Image
Assalammualaikum Akhians semua!! Bosan sambil nak tunggu buka puasa nnt kan?? Jom layan video2 Akhi Club yg terbaru semperna mentoring dan juga raya tak lama lagi ni!!!! Jangan lupa like,subscribe dan share Untuk tengok video ,klik sahaja link dibawah ni Senang kan??? Lebaran Ini cover by Santos band: Special Raya 2016: AKHI CLUB IIUM -Time Freeze: BROUGHT TO YOU BY, MMU AKHI CLUB IIUM 2016

AL-FATEH MENTORING CAMP 2: SMART SOLAT (2016)

Image
Segala puji bagi Allah yang berhak menerima segala kepujian. Berakhir sudah mentoring kedua dan ia satu pengalaman yang sangat menakjubkan. Saya berharap keajaiban juga berlaku pada setiap yang menyertai.  :) Banyak kisah yang menyentuh hati, nanti saya akan ceritakan dalam cerita pendek. Kali ini saya cukup berbangga bagi yang menyertai. Mereka semua hebat-hebat. Kerjasama yang diberi sangat tidak disangka. Semoga Allah memberikan apa yang mereka hajati hendaknya. Semoga selepas ini kita boleh bekerjasama lagi dan biar ini menjadi saksi jika suatu hari nanti ada sesuatu yang membuat aku lupa. Amin. Dunia ini sangat luas. Ada bahagian yang tercemar ada juga bahagian yang harmoni. Kedua-duanya kebanyakannya hasil daripada tindak tanduk manusia. Hati juga sangat luas. Ada bahagian yang tercemar ada juga bahagian yang harmoni. Kedua-duanya hasil daripada tindak tanduk manusia juga. Perubahan kepada dunia itu bagi saya bermula dari perubahan dari hati. ...

AL FATEH MENTORING CAMP 1: WHO AM I? (2016)

Image
Throwback Al Fateh Mentoring Camp 1:Who am i? Alhamdulillah ,maka dengan ini Alfateh Mentoring Camp 1 telah melaburkan tirainya pada 8/5/2016,bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. Semoga segala ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan buat mentee-mentee sekalian. Dan Semoga mentoring kali ini, dapat memupuk keyakinan diri yang tinggi pada diri adik-adik sekalian bersesuaian dengan objektif kita untuk mengasah keyakinan dan bakat dalam diri para mentee agar dapat mencapai sesuatu matlamat dengan jayanya. Akhir kata ,Semoga kita berjumpa lagi di Al fateh Mentoring Camp 2 akan datang pada bulan Ramadhan nnt ,InshaaAllah