Posts

Training Of Trainers Phase 1 (2016)

Image
Training Of Trainers Phase 1  (2016) Alhamdulillah segala syukur bagi Allah dengan berkat kegigihan dan kerjasama barisan trainers, maka dengan ini usai sudah Training of Trainers. TOT yang berlangsung pada beberapa hari yang lepas telah melabuhkan tirainya dengan seribu satu memori dan jalinan ukhwah yang tercipta. TOT merupakan satu platform untuk para trainers untuk mencungkil bakat dan kebolehan masing-masing untuk menyumbangkan idea-idea yang bernas bagi menjalankan program sepanjang tahun ini. Semoga para trainers dapat banyak manfaat dari program ini dan mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi. Semoga Allah redha dan membalas kebaikan semua yang menjayakan program ini dengan ganjaran yang telah dijanjikanNya. Terima kasih dari Team Multimedia, Raisudin, Wahidah dan Asyraf. See you in the next program! :) :D

AKHI CLUB AGM 2015/2016

Image
AKHI CLUB AGM 2015/2016 Alhamdulillah dengan izin Allah berakhir sudah program AKHI CLUB untuk tahun 2015 yang diakhiri dengan majlis perlantikan dan penyerahan watikah iaitu Annual General Meeting bagi tenure 2015/2016..Tahniah dan takziah diucapkan kepada trainers yang bakal melayari bahtera AKHI.Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.Tidak lupa juga kepada bekas trainers 2014/2015,AKHI CLUB amat menghargai jasa dan pengorbanan kalian selama ini.Penat lelah kalian tidak dapat dibalas dengan emas permata kerana terlalu bernilai harganya untuk AKHI CLUB dan ummah.Semoga ianya memberatkan timbangan mizan di akhirat kelak.Kepada trainers baru SELAMAT MAJU JAYA,MAJULAH AKHI UNTUK UMMAH.

2014- Al-Fateh Mentoring Camp 5 (Dream High)

Image
            Kem Mentoring Al-Fateh ke-5 telah diadakan di UIAM pada 5, 6 dan 7 haribulan Disember 2014.Bertemakan 'Dream High', kem mentoring kali ini memberikan pengkhususan total kepada pemahaman konsep cita-cita dan impian dan penerangan tentang hala tuju kehidupan. Melalui aktiviti dalam kumpulan, serta permainan-permainan menarik, adik-adik mentee didedahkan kepada bidang-bidang perkerjaan, halangan dan cabaran untuk mencapai impian, serta kaedah dan persediaan untuk menangani cabaran tersebut. Modul kerohanian juga turut disertakan agar para mentee memiliki keseimbangan dalam mengejar cita-cita duniawi dan ukhrawi. Sedar tidak sedar, ini merupakan program kem mentoring yang terakhir bagi sesi 2014. Majlis penutup kem kali ini disertai penyampaian sijil kepada para mentee dan tayangan video kompilasi program-program kem mentoring sepanjang tahun ini. Sesi bersalaman turut menjadi pelengkap majlis.

2014 - [Mentoring 4] Junior Professor

Image
Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah S,W.T. Pada 7 hingga 9 November 2014, bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul, telah diadakan siri progra ngkatkan penguasaan mentee dalam Bahasa Inggeris dan Matematik, membangunkan kreativiti para mentee dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan Bahasa Inggeris dan Matematik serta menggalakkan mentee berbahasa Inggeris dan menggunakan Matematik dala ot; , sans-serif; font-size: 13px;"> Antara modul yang dijalankan sepanjang mentoring ini ialah  Spell It Right, Dam Ular , Explore BiMath dan  Dancing Words. Modul pertama dimulakan   dengan Spell It Right " ,yang tertera pada kotak nombor yang dipilih dan kumpulan yang   berjaya menjawab dengan betul akan diberikan sticker. Pemenang akan dikira daripada kumpulan yang terawal menyelesaikan BINGO. Modul kedua iaitu Dam Ular, bertujuan untuk  memberi gambaran kepada mentee bahawa matematik bukanlah subjek yang susah dan membosankan. Pelaksanaan mod...

2014 - Melahirkan Generasi Khalifah [ CHAMP 2 ]

Image
Melentur buluh tentulah dari rebungnya. Bertolak daripada kesedaran itu, mahasiswa-mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menganjurkan program  Children Mentoring Project (CHAMP). Projek besar ini diterajui oleh ahli-ahli Kelab Anak-anak Berakhlak Islam (AKHI) bersama-sama anggota Kelab Gemilang, Kelab Semaian Budi (Sendi), dan Kelab Titian Wahyu. Semua kelab ini berada di bawah naungan Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti (CENSERVE), UIAM. Projek CHAMP berusaha mendidik para peserta yang terdiri daripada kanak-kanak untuk menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Kanak-kanak yang menyertai program ini terdiri daripada golongan yang mendapat bantuan zakat (asnaf) dan baitulmal. Peserta dan penganjur diakrabkan melalui peranan sebagai mentor dan mentee. Sembilan buah sekolah ikut serta dalam program ini iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul, Sekolah Kebangsaan Setapak Indah, Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri, Sekolah Kebangsaan Batu Muda, Sekolah...

2014 - GOLD TRAINING

Image
Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah S.W.T. Setelah berlangsungnya mesyuarat khas bagi pelantikan Presiden Kelab AKHI baru-baru ini, Kelab AKHI memulakan perjalanannya untuk semester ini dengan program pertamanya Gold Training yang bertemakan "Change Yourself, Change The World". Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk mendidik para mentor menyumbangkan idea dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah, mengasah kemahiran kepimpinan dan keyakinan diri para mentor semasa bersama adik-adik mentee dan menggilap potensi para mentor ke tahap yang lebih tinggi. Pelbagai modul telah disusun sepanjang dua hari program ini dijalankan. Setibanya di Kem Semanggul PTS, aktiviti dimulakan dengan " Ice Breaking" dan para peserta telah dibahagikan kepada kumpulan. Aktiviti diteruskan lagi dengan modul pertama untuk program kali ini " Know Your Mentee ". Modul ini bertujuan untuk melihat kebijaksanaan dan kemahiran para mentor dalam mengendalikan para ...