Posts

GOLD TRAINING

Image
Calling for participants~  To mentors of Akhiclub Iium, you're invited to join AKHI Gold Training. venue: EDU Square (14/9), 2.40 pm - 10.30 pm : Nur Lembah pangsun, Hulu Langat (15/9 - 16/9)  for any inquiries or registration, please contact 0136397446 or 0192026091.. THE SEATS ARE LIMITED. First come first serve. Thank you. ~Towards the Excellence of Islamic Generation~ haa ni la tempat nye kawan2! menarik kan! jom join kami di akhi gold training! c u there!!

tips belajar, bagaimana mendapat keberkatan?

assalamualaikum semua!=) Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada  'salafus soleh'  terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat? Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita. TIPS BELAJAR 1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T . Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama. 2) Disiplinkan diri. Setiap kali mahu  study , mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu  study  itu. Ja...

IIUM Talented Kids Project :D Calling for Committees

Image
Tarikh       : 28 September - 1 Oktober 2012 Hari           : Jumaat - Isnin Tempat     : UIAM & Hulu Langat Penganjur : Kelab AKHI UIAM Penaja       : Yayasan 1MDB- Dana Belia 1Malaysia Haa apa tunggu lagi? Inilah masa untuk kita terus membantu adik-adik. Ini tanggungjawab sosial kita. Insya Allah ada ganjarannya di akhirat :) Projek ini akan berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula 28 September dan berakhir pada 1 Oktober 2012.  Excuse letter akan disediakan sebab kita terpaksa tidak hadir kelas pada hari Isnin, 1 Oktober 2012.   Seramai 50 orang committees  diperlukan. 25 brothers dan 25 sisters. So, siapa cepat isi borang yang disediakan di bawah atau menghantar maklumat peribadi (beserta saiz t-shirt) kepada no telefon yang tertera pada poster, dia lah yang dapat.  Secara dasarnya program ini akan memberi penekanan kepada modul skil kehidupan dan menyuntik ...

Selamat Hari Raya :D

Image
Salam 'Idul Fitri buat adik-adik mentee semua ! Puasa cukup sebulan tak? Kalau tak cukup, ish! tak boleh raya ni. Hehe..  Taklah, kenapa tak cukup puasa? Demam? Pengsan dekat sekolah?   Kalau tahun ini tak cukup puasa sebulan, tahun depan adik mesti azam untuk puasa penuh. Ok? Sebab bila kita puasa baru kita rasa macam mana perasaan kawan-kawan kita dekat Palestin, Syria dan tempat-tempat lain yang selalu tak cukup makanan. Kesian mereka. Huhu. Bila kita puasa, perut kita cakap terima kasih tau dekat kita. Haa? Betul ke?? Betul. Sebab, bila kita makan perut kita kena proses makanan tu. Cuba adik kira, satu hari berapa kali kita makan? Pagi, tengah hari dan malam. Itu makan yang berat. Belum lagi makan makanan ringan lepas balik sekolah tu kan? Hehe. Kesian perut kita, tak sempat nak rehat. Asyik kena proses makanan je. Jadi, bila bulan puasa ni lah perut dapat rehat sekejap. Oh ya, bila kita puasa kita akan jadi orang yang baik. Aik? Macam mana tu? Haa, masa ...

Grand Iftar 2012

Image
Alhamdulillah... Akhirnya program yang dinantikan telah berjaya dijalankan pada 28 Julai 2012 yang lalu. Lebih kurang seminggu Ramadhan mentor, mentee dan paling istimewa adalah kehadiran ibu bapa berbuka puasa bersama-sama di Coliseum Engineering. Warna-warni. Macam hari raya :D Ramai adik-adik yang datang. Ibu bapa dari SKSI & SKBBS pun ramai. Meriah! Sekali pandang, macam sambutan majlis hari raya. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar walaupun berlaku beberapa masalah teknikal pada saat akhir. Majlis bermula jam 6 petang dengan kehadiran ibu bapa dan adik-adik mentee. Sesudah mengambil tempat yang selesa, Abang Fadzly kita, selaku presiden AKHI memberi ucapan alu-aluan dan seterusnya menyampaikan tazkirah ringkas untuk semua. Oh ya, majlis kali ini juga turut disertai oleh 2 orang cikgu daripada SKBBS. Selepas tazkirah, adik-adik mula beratur mengambil makanan berbuka puasa. Manakala, ibu bapa dilayan oleh kakak-kakak dan abang mentor. Seperti biasa, amalan pemakanan ...

Mentoring Ke Enam AKHI

Image
Assalamualaikum.. Apa khabar kakak-kakak & abang-abang mentor??  Tak lupa adik-adik mentee? Macam mana dengan ibadah puasa setakat ni? Mudah-mudahan ramadhan pada kali ini lebih baik daripada tahun-tahun lepas.. Adik-adik ingat tak mentoring ke enam yang berlangsung 2 minggu yang lepas? Kalau samar-samar jer ingatan tu, mari kita imbas kembali apa yang berlaku pada hari tersebut.. Bertempat di LT 2 Kuliah Kejuruteraan UIAM, telah berlangsung mentoring ke enam AKHI pada 15 Julai 2012. Betemakan Khalifah Kecil AKHI, mentoring pada kali ini bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan adik-adik mentee mengenai tanggungjawab mereka sebagai khalifah kecil di muka bumi Allah ini. Program mentoring pada kali ini ada sedikit kelainan berbanding mentoring-mentoring yang lepas kerana pada mentoring kali ini ada beberapa slot yang telah ditambah. Ianya adalah slot solat dhuha, kuiz tajwid dan juga tazkirah. Mentoring pada kali ini juga berlangsung dengan kerjasama ...

Puasa dah dekatttt!!!!

Image
Assalamualaikum adik-adik =D Apa khabar semua? Macam mana perasaan? Tiap-tiap minggu ada AKHI kan? Seronok tak? Oh ye, uncang yang adik-adik jahit hari tu adik-adik simpan apa dalam tu? Simpan duit lebih belanja sekolah pun elok kalau tak ada tabung. Hehe. Haaa... pokok kaktus siram tak? Tak siram?! Alamak, mati la pokok tu nanti. *nangis*. Jangan lupa siram tau. Kesian pokok tu. Dia pun nak makan dan minum macam kita juga. Ok, adik-adik. Minggu ni tak ada AKHI. Tapi kita semua akan sambut bulan paaaaaaaallliiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnngggg mulia dalam Islam. Bulan Ramadhan? Bagus! Pandai adik-adik AKHI.  Hehe. Bulan Ramadhan atau kita selalu panggil bulan puasa ni seronok tau. Sebab bila kita buat baik je semua pahala kita digandakan kepada 10. Haa, kalau selalu adik tolong mak dapat 1 pahala. Tapi kalau bulan Ramadhan ni adik tolong mak ke tolong cikgu ke dapat 10 pahala. Wah, banyak tuuu! Eh, tapi lepas bulan Ramadhan jangan tak tolong mak pulak sebab dapat sikit pahala. Sikit...