Grand Iftar 2012
Alhamdulillah... Akhirnya program yang dinantikan telah berjaya dijalankan pada 28 Julai 2012 yang lalu. Lebih kurang seminggu Ramadhan mentor, mentee dan paling istimewa adalah kehadiran ibu bapa berbuka puasa bersama-sama di Coliseum Engineering.
Ramai adik-adik yang datang. Ibu bapa dari SKSI & SKBBS pun ramai. Meriah! Sekali pandang, macam sambutan majlis hari raya. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar walaupun berlaku beberapa masalah teknikal pada saat akhir.
Majlis bermula jam 6 petang dengan kehadiran ibu bapa dan adik-adik mentee. Sesudah mengambil tempat yang selesa, Abang Fadzly kita, selaku presiden AKHI memberi ucapan alu-aluan dan seterusnya menyampaikan tazkirah ringkas untuk semua. Oh ya, majlis kali ini juga turut disertai oleh 2 orang cikgu daripada SKBBS.
Selepas tazkirah, adik-adik mula beratur mengambil makanan berbuka puasa. Manakala, ibu bapa dilayan oleh kakak-kakak dan abang mentor. Seperti biasa, amalan pemakanan sihat dipraktikkan. Ertinya, berbuka dengan makanan ringan dahulu. Sesudah solat maghrib berjemaah, barulah hidangan nasi ayam disediakan.
Haaa... lepas solat terawih adalah agenda yang sangat dinantikan oleh pihak ahli jawatankuasa majlis atau dalam Bahasa Inggerisnya, the committees. Kenapa ya? Sebab inilah masanya mereka dapat beramah mesra dengan ibu bapa bagi mengetahui pandangan mereka terhadap program mentoring yang dijalankan selama ini. Tak naklah buat program syok sendiri.
Jadi, semasa sesi bersama ibu bapa berlangsung, adik-adik juga punya aktiviti mereka bersama kakak dan abang mentor. Sesi soal jawab Ramadhan.
Alhamdulillah, sesi bersama ibu bapa berjalan dengan penuh ceria. Berbagai idea baru, idea yang diberi nafas baru dan idea yang tidak pernah difikirkan dilontarkan oleh ibu bapa kepada semua mentor. Nampaknya, pimpinan AKHI dan semua mentor perlu bekerja keras dan memberi yang lebih baik lagi pada masa akan datang. Insya Allah :')
Majlis yang sederhana dan serba kekurangan tetapi meriah ini berakhir dengan persembahan adik-adik. Macam-macam tepuk mereka persembahkan kepada ibu bapa. Lagu 'atas bukit' pun ada. Hehe. Sebelum balik, bacaan Asmaul Husna dinasyidkan sekali lagi beserta niat puasa. Almaklum, dah seronok takut terlupa niat puasa.
Oklah, sekian sahaja laporannya. Psssttt... Maaf lambat update untuk cerita ini.
Oh ya, ada berita gembira untuk semua. Tungguuuuuu!!
Warna-warni. Macam hari raya :D |

Comments
Post a Comment