Mentoring Keempat AKHI
assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada kali ini, mari kita lihat apa yang berlaku pada program mentoring keempat AKHI yang berlangsung pada 1 Julai yang lepas.. =D Program mentoring pada kali ini bertemakan jarum benang AKHI. Objektif program pada kali ini ialah untuk mengajar adik-adik mentee mengenai asas-asas jahitan. Contohnya, jahitan jelujur, silang pangkah dan jahitan butang. Program mentoring yang bertemakan jahitan ini baru pertama kali diperkenalkan pada tahun ini. Reaksi positif daripada adik-adik mentee dapat dilihat sepanjang program mentoring ini berlangsung. Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang berlaku sepanjang program ini berlangsung, mari lihat gambar-gambar di bawah. Bak kata pepatah, sekeping gambar boleh menceritakan 1001 kisah. ^^ setibanya adik-adik mentee di Edu Square. sebelum mulakan program, kita makan dulu. menu : nasi goreng + telur mata dan air teh. modul pertama...