AKHI SILVER TRAINING
assalamualaikum..selamt bertemu kembali!!^^
bertempat di Edu Square IIUM, Kelab AKHI telah mengadakan program training yang kedua yang bertujuan untuk mengajar teknik komunikasi yang berkesan kepada abang-abang dan kakak-kakak mentor. Program yang diadakan selama 1 hari ini telah berjaya merapatkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan para peserta. Untuk tahu dengan lebih lanjut, jom kita tengok gambar.. =D
mereka tengah berkomunikasi tanpa memandang ke wajah masing-masing. perbuatan ini boleh menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak difahami oleh kedua-dua belah pihak. kesimpulannya, ketika berkomunikasi, sila ada 'eye contact' yer kawan-kawan.. ^^
kak nisa' tengah memberi penerangan kepada para peserta.. sangat menarik dan banyak tips telah diberikan. rugi kepada mereka yang tidak datang..
pada sebelah petang, disebabkan para peserta sanggup korbankan masa cuti hujung minggu mereka untuk datang berprogram, aktiviti 'BBQ' telah diadakan. Banyak makanan disediakan seperti ayam bakar, sosej bakar, kentang goreng, nasi goreng dan salad sayur.
aktiviti membakar ayam dan sosej.
tips : untuk membuat sosej yang dibakar lebih sedap, sila sapukan sosej tersebut dengan mayonis.
ramai kakitangan di bahagian membakar. Antaranya : Ili, Aishah, Saibah, Hasanah, Afiq, Adnin, Hanan dan Muiz..
sementara menunggu kentang digoreng, kita rasa sikit kentang yang dah siap...
salad sayur resepi dari Along.
inilah hasil ayam yang dibakar tadi.
banyak makanan yang terhidang.. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah.
secara keseluruhannya, training kedua AKHI ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah. Diharapkan silaturrahim yang dibina pada program kali ini dapat dikekalkan selama-lamanya. Kepada kakak-kakak dan abang-abang mentor, jangan lupa datang ke program mentoring yang akan datang supaya kita dapat menyumbang sesuatu pada adik-adik. sekian. ~Ke Arah Kecemerlangan Generasi Islam~
Comments
Post a Comment