Posts

Mana Satu Nak Pergi Ni?

Image
Dilemakah? Hujung minggu ni, ada dua program yang melibatkan AKHI Club..AKHI Ibadah Camp dan juga kursus anjuran CENSERVE.  Satu bertempat di SKBBS dan satu lagi bertempat di Hotel Seri Malaysia Genting.. AKHI Club diminta menghantar 3 orang wakil ke kursus tersebut, maka bertolak-tolaklah antara trainers, sape yang nak ke Genting..Sebabnya,semua nak pergi Ibadah Camp kt SKBBS.. Punya la rindukan keletah mentee2 AKHI sampai sanggup ditolaknya tawaran ke Genting.. Tambahan pula kem, mahu riuh rendah dibuatnya mentee2 cilik AKHI ni.. Akhirnya, wakil AKHI telah pun diputuskan dan mereka akan membawa nama AKHI Club ke kursus tersebut.. Jika di SKBBS pengisiannya tertumpu kepada penerapan akhlak mulia di kalangan mente, kursus kali ni lebih menjurus kepada perancangan kelab serta penggunaan “Balance Scorecard” sebagai asas perancangan serta penilaian kelab.Wah, semakin mantap AKHI nanti.. Apa2 pun, diharapkan kedua-dua program yang melibatkan AKHI dapat memantapkan lagi AKHI dalam ...

Kecerdasan Emosi..

Image
Kem kembali lagi..Kali ni, Ibadah Camp pula..Pastinya memerlukan persiapan rapi mentor2 dan  antaranya adalah persiapan emosi.. Ha..Ape itu persiapan emosi? Persiapan emosi merujuk kepada kawalan penglibatan emosi kita ketika melakukan tugas2.. Adalah penting untuk memastikan emosi kita sentiasa terkawal kerana emosi mempunyai pengaruh yang besar dalam tingkah laku dan pemikiran kita.. Kesannya, mentor mungkin bertindak fizikal terhadap mentee2 dek tak tahan akan kenakalan mereka.. Ataupun mudah melenting jika dihadirkan dengan pelbagai soalan oleh mentee2.. Sebab tu kadang2 kita boleh nampak ada mentor yang tiba2 marah2 kerana kurang kecerdasan emosi terutamanya dalam menangani tekanan ataupun stress.. Tapi bagaimana ek? Kalau nak tahu, jadi lah WITCHEs..=)..

Antara Cerdik Dan Baik..

Image
Bermulalah kisah pada suatu petang Sang Kancil yang cerdik bersiar-siar di dalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba Sang Kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya. Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, Sang Kancil pun berfikir; “Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini” Setelah lama berfikir tetapi tiada idea yang bernas untuk Sang Kancil keluar dari lubang tadi, namun Sang Kancil tetap tidak mahu berputus asa. Dalam kebuntuan mencari idea, Sang Kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar. “Kalau bunyi tapak kaki macam ni, ni tak lain, mesti gajah ni!” Kemudian Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang. Kemudian Sang Gajah yang lalu itupun menegur Sang Kancil; “Eh sang kancil, tengah buat apa?” Tanya Sang Gajah. “Menyelamatkan diri!” “Dari apa?” Tanya Sang Gajah lagi. “Dari bahaya. Cuba tengok...

Demam World Cup..

Image
Assalamualaikum... Wah.. Baru2ni meriah betul sambutan PialaDunia (World Cup) ekk.. Keluarga AKHI pun terkena jangkitan demam Piala Dunia.. Bkn setakat mentor2 je, adik2 mentee pun sama semangat.. Bkn main membara menyokong pasukan masing2.. Sanggup bersengkang mata di pagi hari.. Deraian sorakan macam berada di stadium.. Siap beli jersey baru lagi.. Ada juga yang sampai terbawak-bawak dlm meeting.. hehehe.. Tapi,xpela, tak salah akak2 dan abg2mentor2 serta adik2 mentee AKHI sekalian,asalkan minat masih berlandaskan agama dan tak membatasi hukum Islam.. Jangan la fanatik sampai terlalai tanggungjawab kita.. Tanggungjawab dgn diri sendiri, tanggungjawab dgn ibubapa dan yang paling penting tanggungjawab dgn Allah.. Janganla sampai solat pun tertinggal dek asyiknya dgn bola.. Nati jd dosa pulak.. Ingat, bkn stakat semangat World Cup je, Akhirat Cup pun kna sama semangat juga kerana itulah kemenangan yang hakiki dan abadi.. Moga kita tergolong sebagai generasi Islam yang cemerlang ...

Be KINDS..

Image
Tentu anda pernah mendengar laungan “Apa yang penting? Kerjasama..” dikalangan watak2 comel Wonder Pets.. Jadi, apa pentingnya kerjasama? Teamwork ataupun kerjasama adalah kunci kejayaan kpd sesebuah organisasi dan juga program yang dianjurkan.. Dgn kerjasamalah terbentuknya harmoni serta semangat ketika menjalankan tanggungjawab dikalangan warga AKHI.. Pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing juga adalah ilustrasi tentang kelebihan bekerjasama.. Namun, bagaimanakah untuk membentuk kerjasama? Di bawah adalah tips yang boleh diaplikasikan untuk menterjemahkan semangat kerjasama dikalangan warga AKHI khususnya para mentor sekalian.. Yang penting, semuanya bermula dgn anda.. So, be KINDS to your team mates..=).. *Extracted from Br. Ikhwan’s notes on TOT 2010..Thanks..=)..

Mari Berselawat..

Image
     Jika kita cintakan seseorang tentu kita akan mengingati dan menybut namanya selalu kan? Begitu juga jika kita cintakan nabi kita, kita mestilah mengingatinya selalu.. Sebab jika kita tak mengingati baginda, baginda akan melupakan kita di akhirat kelak.. Tp, macam mana nak menunjukkan yang kita sentiasa ingat baginda? Sentiasalah kita berselawat.. Rasulullah s.a.w.   telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku:  Berkata Jibril a.s.. : "Wahai Rasulullah , barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."     Berkata pula Mikail a.s.: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."  Berkata pula Israfil a.s.: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada  Allah s.w.t.  dan aku tidak akan mengang...

Ikut Peraturan..

Image
Ish2, xnampak ke papan tanda tu, abang penjual?? Siap gantung pisang lagi kt papan tanda tu.. Kena denda kang, mahal tu nak bayar.. Ha, hidup kita pun kena lah sentiasa berperaturan.. Kalau tak ikut peraturan, itu melambangkan peribadi kita yang kurang berdisiplin.. Adik2 yang kt sekolah, kalau xikut peraturan sekolah, mesti kna denda dgn cikgu.. Akak2 dan abg2 mentor2 kalau xikut peraturan UIA, kena bayar kompaun.. 50 ringgit tau.. Hehehe.. Selain itu, dalam kehidupan, kita hendaklah mengikut peraturan Allah yang telah ditetapkan.. Jika dilanggar, berdosa.. Jadi, sentiasa lah jaga disiplin diri kita,baik dgn diri sendiri, ibu bapa, rakan2 dan juga dgn Allah, barulah jd generasi Islam yang cemerlang..=)..