Posts

Showing posts from 2013

AKHI Club Gold Training 2013

Image
AKHI Gold Training telah diadakan pada 13 dan 14 September 2013 bertempat di D' Sungai Lepoh Chalet & Kem,Kg. Kuala Pangsun, Hulu Langat, Selangor. Seramai 60 peserta terdiri daripada mentor AKHI, AKHI Mentor Jr. dan Trainer telah menjayakan program ini Peserta mula berkumpul di tangga besar UIA seawal jam 2.45 petang selepas Solat Jumaat menunggu bas dan tiba di D' Sungai Lepoh pada jam 5 petang. Program dimulakan dengan Majlis Perasmian dan diteruskan dengan sesi 'Ice Breaking'. Sebanyak 6 kumpulan dinamakan dengan nama sahabat Nabi yang setiap satunya mempunyai ahli seramai 6 hingga 7 orang. Semua dikehendaki memanggil nama gelaran keluarga seperti Ayah, Ibu, Along, Angah, .dsb di dalam kumpulan mengikut umur sepanjang program berlangsung. Program diteruskan dengan sesi Group Dynamic selepas solat Maghrib dan Isya' berjemaah. Tazkirah maghrib disampaikan oleh Sdr. Shahidan dan sesi tilawah diadakan sementara menunggu azan Isya'. Hari Kedua ...

Makluman: AKHI Gold Training 2013

Image
Assalamualaikum, Akhi Club akan menganjurkan Gold Training pada tarikh 13-14 September ini bertempat di D' Sungai Lepoh, Hulu Langat.

Ziarah Hari Raya Aidilfitri ke Kg Parit Ibrahim @ Pontian, Johor

Image
Selamat Hari Raya Aidilfitri Pada 17 & 18 Ogos yang lalu, para peserta I Love Rasul yang semuanya adalah mentor Kelab Akhi telah mengambil kesempatan cuti semester untuk beramai-ramai beraya di Kg. Parit Ibrahim, Johor. Selain ziarah Hari Raya, dapat juga mengeratkan silaturrahim antara anak angkat dan ibu bapa angkat supaya tidak terputus selepas habis program yang lepas setelah hampir dua bulan terpisah. Papan tanda zikir hasil gotong royong ketika I love Rasul masih terpacak di Kg. Parit Ibrahim Marhaban

Program Semester Pendek

Image
AKHI Club telah mengadakan dua kem kepada adik-adik sepanjang bulan 6 dan 7 yang lalu iaitu AKHI Survival Mentoring Camp(26-28 Jun) dan AKHI Ramadan Camp(26-27 Julai). Ramai daripada mentor AKHI yang tidak mengambil semester pendek dan menjalani latihan industri namun tidak menjejaskan program kerana ada yang sanggup turun secara sukarela. AKHI Survival Mentoring Camp bertujuan untuk mendidik adik-adik mentee supaya pandai berdikari semasa ketiadaan ibu bapa di rumah. Turut diselitkan pada program ini praktikal sembelihan dengan menggunakan ayam. Program ini juga merupakan gabungan bersama mentoring ke-5. AKHI Ramadan Camp pula bertujuan untuk memberi penekanan kepada adik-adik tentang kelebihan bulan-bulan Ramadan dan amalan-amalan sunah. Selain itu ibu bapa adik-adik juga dijemput bersama berbuka puasa pada program ini sambil mendengar masalah yang dihadapi dan harapan mereka kepada Kelab Akhi untuk anak-anak mereka

I LOVE RASUL 2013

Image
" I LOVE RASUL " merupakan antara program terbesar Kelab AKHI pada tahun ini telah selesai dengan jayanya. Program selama seminggu ini bermula dari 11 Jun hingga 17 Jun 2013, bertempat di Kg Parit Ibrahim, Pontian, Johor. Seramai lebih kurang 60 ahli kelab AKHI telah menyertai program ini. Keratan Akhbar Harian Metro 11 Jun 2013 (Selasa) Program ala baktisiswa ini dimulakan dengan majlis penyerahan peserta kepada keluarga angkat masing2. Mereka akan tinggal bersama selama seminggu hingga tamat program. . . Setelah selesai majlis, peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diarahkan untuk menyebarkan risalah2 kepada seluruh penduduk kampung berkenaan kehadiran dan program yang bakal dianjurkan. 12 Jun 2013(Rabu) Hari kedua program dimulakan dengan aktiviti EXPLORACE seawal jam 7.30 pagi. 5 checkpoint ditempatkan di serata kawasan kampung. EXPLORACE Kemudian, aktiviti merewang bersama selepas zohor menyediakan bubur lambuk kepada tetamu forum...

Program Baktisiswa "I Love Rasul"

Image
Assalaamu'alaikum warahmatullah. Semoga semua berada dalam sebaik-baik keadaan iman dan kesihatan hendaknya. InshaAllah, andai tiada aral mendatang, Akhi Club akan mengadakan baktisiswa buat pertama kalinya di Pontian, Johor, 11hb (Selasa) hingga 17hb (Isnin) bulan ini. ^_^ Bertemakan "Satu Hati Untuk Ummah", tujuan baktisiswa 'I-Love Rasul' ini ialah untuk memupuk sifat cinta kepada ilmu dan juga untuk mengenali gaya hidup Rasulullah (s.a.w.). Tak kenal maka tak cinta bak kata orang. ;) InshaAllah, mentor-mentor yang terlibat akan berangkat ke destinasi Selasa pagi nanti. Semoga program ini dapat memberi manfaat pada semua yang terlibat, inshaAllah. Doakan. :)

AKHI Grand Usrah Night

Image
Pada 19 Mei (Ahad) yang lalu, Kelab AKHI telah mengadakan Grand Usrah bertempat di EDU Square , UIA. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah sesama ahli, solat hajat untuk peperiksaan akhir semester, dan perjumpaan terakhir bersama mentor-mentor yang bakal meninggalkan

Buat yang Terbaik!

Image
Assalamualikum w.r.t.  untuk ke sekian kalinya Allah mengizinkan saya menulis lagi di blog ini. Sekaligus cuba mencampakkan rasa 'ingin memberi' kepada sahabat-sahabat semua. Saya hanya mencuba sedaya upaya, namun Allah jualah yang berkuasa menentukan setiap sesuatu. Apabila saya merenung kembali, sangat banyak nikmat yang Allah bagi kepada saya.  Allah bagi kepada saya ibu bapa yang sentiasa meletakkan saya di hati mereka, guru-guru yang inspiratif, sahabat-sahabat yang baik, rezeki yang murah, kenderaan yang selesa dan sebagainya.  Pendek kata

AKHI 3rd Mentoring

Image
Alhamdulillah, 21 April 2013, selesai sudah mentoring ketiga dan juga siri mentoring terakhir AKHI untuk semester ini yang bertemakan 'AKHI Si Ulat Buku' Mentoring kali ini menekankan kepentingan membaca dan menuntut ilmu kepada adik-adik menerusi modul2 yang disediakan. Jom tengok video

Mentoring Ke-2 AKHI

Image
Alhamdulillah, baru sahaja selesai mentoring kedua AKHI pada pagi hingga tengahari ini (6 April) bertempat di tapak bazaar di hadapan masjid UIA. Mentoring pada hari ini bertemakan 'Keusahawanan' . Adik-adik mentee diajar mengenai cara dan adab yang betul ketika berurus-niaga, menjadi seorang peniaga yang

Makluman: AKHI Entrepreneurship Week

Assalam.. Akhi Club Iium akan mengadakan 'AKHI Entrepreneurship week' yg akan berlangsung pada 1-6 APRIL 2013. Oleh itu, pihak kelab akan membuka permohonan untuk menyewa tapak jualan kepada pelajar2 UIAM dan juga orang luar (outsider) yang berminat. LOKASI TAPAK : dihadapan masjid SHAS,UIAM. 

AKHI Taaruf Camp 2013

Image
Pada 15-17 Mac yang lalu, AKHI Club telah berjaya menganjurkan "Taaruf Camp" bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. Antara objektif penganjuran kem ini, adalah untuk memperkenalkan adik-adik mentee dan mentor-mentor baru kepada program AKHI Club, di mana mereka akan bersama-sama untuk sepanjang tahun ini juga untuk merapatkan

AKHI COMMUNICATION COURSE

Image
Assalamualaikum dear mentors, InshaALLAH we’ll be having COMMUNICATION COURSE this coming Sunday (10/3/13), from 8.30am-12.30pm. Learn to communicate better before we start our mentoring next week :D ~Towards the Excellence of Islamic Generation~

AKHI Kelab Hebat

Image
Assalamualaikum w.r.  Terlebih dahulu saya merafakkan syukur ke Hadrat Allah yang menjadikan masa saya sehingga saya dapat mencuri sedikit masa itu untuk menulis di blog yang ceria ini.  Allah jualah yang memberi saya peluang untuk mengemudi sebuah kelab 'humble' bernama AKHI Club semenjak Jun 2012 hinggalah kini. Menjadi kepala dalam satu kelab yang memiliki profil dan impresi yang baik dari warga UIA dan warga SKSI serta SKBBS bukanlah sesuatu yang mudah.  Buktinya pada penggal pertama saya

Mass Gathering 2013 !

Image
Mass Gathering AKHI Club telah berjaya disempurnakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua bakal-bakal mentor AKHI yang sanggup berjalan jauh ke program kami dan meluangkan masa lebih kurang 2 jam untuk bersama-sama dengan AKHI Club pada malam tersebut. Tak sabar mendaftar

Censerve Humanitarian Expo 2013

Image
Censerve Humanitarian Expo telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 13-15 Februari 2013. Ekspo ini dikendalikan oleh Censerve Shura Team. Semua kelab di bawah naungan Censerve termasuk AKHI turut bersama membuka booth sepanjang program ini. Ekspo ini membuka peluang kepada kami untuk

Training of Trainers 2013

Image
Alhamdulillah, Training of Trainers (ToT) untuk tahun ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini berlangsung selama 3 hari bermula pada hari Sabtu (26 Januari) sehingga Isnin (28 Januari). Tahniah kepada semua yang telah mengorbankan sedikit masa bercuti semester untuk menjayakan program ini. Training of Trainers merupakan program