AKHI Taaruf Camp 2013
Pada 15-17 Mac yang lalu, AKHI Club telah berjaya menganjurkan "Taaruf Camp" bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. Antara objektif penganjuran kem ini, adalah untuk memperkenalkan adik-adik mentee dan mentor-mentor baru kepada program AKHI Club, di mana mereka akan bersama-sama untuk sepanjang tahun ini juga untuk merapatkan
ukhwah sesama mereka.
Seramai 80 orang pelajar tahun 4 dan 5 dari Sekolah Kebangsaan Setapak Indah dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul menyertai "Taaruf Camp" pada kali ini bersama-sama mentor AKHI Club.
ukhwah sesama mereka.
Seramai 80 orang pelajar tahun 4 dan 5 dari Sekolah Kebangsaan Setapak Indah dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul menyertai "Taaruf Camp" pada kali ini bersama-sama mentor AKHI Club.
Untuk kem pada kali ini, setiap mentor AKHI telah diberikan adik-adik mentee yang tetap seramai satu hingga dua orang. Mereka akan bersama-sama untuk setiap program yang akan datang sehingga hujung tahun ini.
Antara AKHI Mentor Jr. (AKHIMen) turut serta membantu menjadi mentor kepada adik-adik |
Setelah selesai majlis pemberian adik-adik angkat, program diteruskan dengan Group Dynamic yang pertama "Team Up AKHIanz". Mereka telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diberikan masa untuk membuat logo, trademark dan nama kumpulan masing-masing yang terdiri daripada nama sahabat-sahabat Nabi.
Hari kedua dimulakan dengan sesi Qiamullail seawal jam 5.30 pagi yang diimamkan oleh Presiden AKHI Club, Mohd Nur Fadzly. Qiamullail ini turut diselang-selikan dengan tazkirah dan cerita-cerita teladan untuk dijadikan iktibar.
Sebelum bersarapan dan memulakan aktiviti hari kedua, semua peserta bersama-sama melakukan senaman pagi
Senaman Pagi |
Setiap mentor juga turut diberikan peluang bersama adik-adik mentee bergotong-royong menyediakan bahan masakan untuk makan tengahari dan makan malam.
Aktiviti diteruskan lagi dengan pelbagai modul menarik yang disediakan oleh modulator.
Selepas penat berprogram di siang hari, mentor dan mentee diberikan peluang untuk bersantai seketika bersama-sama menyaksikan filem "Grave of Fireflies" sebelum tidur . Sebuah filem animasi dari Jepun yang mengisahkan tentang kasih-sayang seorang abang terhadap adik perempuannya yang kehilangan ibu akibat peperangan yang melanda.
Filem Grave of Fireflies |
Hari Ketiga (AKHI 1st Mentoring)
Hari ketiga Taaruf Camp adalah program mentoring pertama AKHI Club yang lebih bertemakan "Persaudaraan dalam Islam" . Adik-adik diajar mengenai cara perhubungan yang betul antara lelaki dan perempuan, cara menutup aurat dengan sempurna dan sebagainya melalui modul-modul yang disediakan.
Sesi Tilawah |
Setelah selesai segala aktiviti pada hari ketiga, Taaruf Camp diakhiri dengan majlis penutup yang turut dihadiri oleh Guru Besar SK Setapak Indah, guru pengiring, ibu bapa, dan pihak penganjur. Diharapkan dengan berakhirnya Taaruf Camp pada kali ini, mentor-mentor akan lebih bersemangat menyertai setiap aktiviti yang akan datang :)
Yang bermaksud : “Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara” (Surah Al-Hujurat : Ayat 10)
Comments
Post a Comment