Posts

Showing posts from February, 2012

AKHI BRONZE WORKSHOP

Image
Alhamdulillah pada 26/2/2012 bertempat di UIAM, Akhi Club telah selesai mengadakan Bronze Workshop. Program ini dijalankan untuk  memberi latihan kepada mentor-mentor Akhi Club yang bertemakan 'Event Management' . Selain itu, program ini juga mendedahkan mentor-mentor berkenaan 'Job Scopes ' dan juga 'Programme Procedures ' . Kebanyakan aktiviti diadakan secara berkumpulan, mentor dikehendaki berbincang apakah jawatan dan tugas-tugasnya untuk melaksanakan mentoring.  semua bagi tumpuan dan fokus.. alolo..comelnye buat tepuk-tepuk donat senaman tak nak bagi mengantuk..jum belajar tepuk-tepuk Akhi bersemangatnya mentor (zamri) kita..hihi.. ape yang penting..KERJASAMA khusyuknya mentor-mentor kita berdiskusi Presenter membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing Pada sesi petang, mentor-mentor dikehendaki mempraktikkan apa yang dipelajari pada sesi pagi. Aktiviti ini diadakan dalm bentuk explorace yang bertujuan untuk...

AKHI Induction Course

Image
Bsmillahirrahmanirrahim, sudah agak lama blog AKHI CLUB ni menyepi. tapi menyepi bukan petanda tidak aktif ye. Alhamdulillah baru baru ini Akhi Club telah selesai mngadakan Induction Course. program ini dijalan kan untuk memberi gambaran secara umum tentang Akhi. awal-awal pagi ni sesi mengurut urut dulu ye sister2 and brother2 sekalian. seronok kene urut kan. khusyuknye kalian mendengar talk ice breaking!jom kenal kenalan running man!!rasanye permainan ni paling seronok. berlari lari kejar nak bunuh kawan kawan kumpulan lain kan. ni jejaka dan gadis gadis yang sudah tersingkir. masuk penjara jangan main tipu ye. dan sekarang tibalah masanye penyampaian hadiah iaitu masa yang ditunggu tunggu. sebelum balik kite buat tepuk tepuk dulu ye. ini saja untuk post kali ini, kite jumpa lagi di Akhi Bronze workshop ye rakan-rakan sekalian. jom sama-sama memeriahkan Akhi sambil belajar cara-cara mengajar adik-adik mentee kita nanti. semoga ...

AKHI New Intake 2012

Image
PENGUMUMAN! Suka dengan kanak-kanak berumur antara 10 dan 11 tahun? Suka memberi dan menyampaikan ilmu? Ingin merasa perasaan menjadi seorang mentor? Tercari-cari kelab yang berunsurkan mentoring? Jika ya, AKHI Club adalah platform terbaik anda! Dapatkan maklumat lanjut dengan mengunjungi kami di HS Square, IIUM pada 15 dan 16 Februari 2012 ini! Masa adalah dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kalau saya ahli lama? Oh! jika anda sudah menjadi ahli keluarga kami, anda juga dialu-alukan untuk sekali lagi memperbaharui keahlian kerana kami sedang melakukan rekod semula. Tapi saya ada banyak kelas. Tak sempat nak datang booth. Macam mana ni? Oh! Tak perlu gundah. Tak perlu risau. Isikan saja butir-butir peribadi anda di ruang yang disediakan di sebelah kanan blog ini. Mudahkan? :) Sebarkan berita ini ya =) Jazakumullahu khairan kathira.

AKHI Training of Trainers

Image
Alhamdulillah.. Training of Trainers (T.O.T) telah selamat dijalankan pada 11 dan 12 Februari 2012 yang lalu. Bertuah AKHI punya trainers yang sanggup mengorbankan cuti hujung minggu pertama mereka semester ini semata-mata  untuk menghadiri training . Here we go! Apa yang ada pada program ini? Mungkin itu antara persoalan yang bermain difikiran. T.O.T  adalah program pertama AKHI setiap tahun. Program ini diadakan khas untuk barisan pimpinan baru kelab. Semasa program ini, mereka didedahkan dengan aspek-aspek pembangunan jati diri dan pengurusan kelab. Menariknya program kali ini berbanding tahun-tahun lepas adalah buat julung-julung kalinya T.O.T  dijalankan selama dua hari. Hari pertama hanya menyentuh soal jati diri dan muhasabah seorang insan. Manakala, hari kedua menyaksikan mereka bertungkus lumus memikirkan perancangan-perancangan program dan perjalanan kelab untuk sepanjang tahun. Ya, ini target kami untuk AKHI ! Walaupun terpaksa ber...

Welcome Back to IIUM :)

Image
Selamat kembali kepada semua warga UIA khasnya untuk abang-abang dan kakak-kakak mentor. Tidak terlambat rasanya untuk kami mengucapkan ucapan tersebut :) Semoga semester baru ini akan membuatkan kita semua lebih bersemangat untuk terus memperbaiki diri dan memberi yang terbaik untuk ummah ini. Amin. Insya Allah, tahun ini pihak pimpinan kelab akan berusaha sebaik mungkin untuk selalu mengemaskini blog. Segala perkembangan program akan diceritakan di sini. Biiznillah :) New Semester. New Spirit. New Hope