Posts

CALIPH WARRIOR COMPETITION 2017

Image
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, buat julung kalinya Kelab AKHI UIAM telah berjaya menganjurkan Pertandingan Caliph Warriors yang berlangsung dari 24 Oktober hingga 5 November 2017. Tiga kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Modul Hebat yang memfokuskan pembikinan modul, Kategori Multimedia Gempak khusus bagi pembikinan poster, video, dan koreografi, serta Kategori Sembang Power bagi menguji keyakinan mentor berkomunikasi di khalayak ramai. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para peserta, komiti, barisan cikgu, serta juri berkaliber bagi Pertandingan Caliph Warriors di atas usaha dan kerjasama anda dalam merealisasikan program ini. Semoga perkongsian ilmu dan pertukaran idea yang hadir di antara kita sepanjang program ini berlangsung dapat dimanfaatkan dan menjadi pedoman buat semua.

AKHI SPORT DAY 3.0 : Brain It On!

Image
Alhamdulillah dengan berkat dan kurniaan Allah , Akhi Sport Day 3.0 telah berjaya di laksanakan dengan sempurna pada 6-8/10/2017 yang bertemakan "Brain it On" Pelbagai aktiviti menarik telah berjaya dijalankan antaranya aktiviti bola sepak,bola jaring ,sukaneka ,permainan tradisional dan sebagainya. Kesemua peserta dibahagikan kepada 4 pasukan yg tidak kurang hebatnya iaitu Hissan,Asad,Ankabut dan juga Ababil. Terima Kasih kami ucapkan kepada semua para peserta daripada baris an ahli jawatan kuasa AKHI sport day,barisan mentor, dan juga adik-adik AKHI Sk Taman Samudra. Tidak lupa juga kepada barisan Alumni Akhi Club yang turut hadir memeriahkan majlis hari sukan Akhi pada tahun ini. Semoga dengan pogram sukan ini, ia dapat mengekalkan kesihatan yg baik dalam diri kita agar terus dapat melakukan aktiviti harian dengan penuh bertenaga. Dan akhir kata ''Healthy Lifestyle Towards A Better Ummah " ...

MALAM TAUTAN AKHI 2017

Image
"KNOWING AKHI, WE ARE FAMILY " Alhamdullillah, Kelab AKHI telah berjaya mengadakan Malam Tautan AKHI pada 19 September 2017 (Selasa) pada jam 8 Malam sehingga 11 malam . Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada mentor baru tentang Kelab AKHI. Antara aktiviti yang di jalankan pada malam tersebut seperti forum serta modul khas . Pelbagai tajuk yang dibincangkan seperti ,pengenalan Kelab AKHI ,peranan serta sumbangan mahasiswa kepada masyarakat. Antara panel jemputan khas pada malam tersebut yang turut hadir berkongsi ilmu dan pengalaman beliau ialah saudara Afiq Mustaffa selaku President Kelab AKHI dan Ustaz Taufek selaku Guru Besar SK Taman Samudra. Terima kasih kepada semua komiti yang telah menjayakan program tersebut dan tidak lupa juga kepada mentor yang sudi meluangkan masa bersama Kelab AKHI. Semoga bertemu lagi di program akan datang!!!!