Posts

AL FATEH MENTORING CAMP 1 : FRIENDSHIP IS MAGIC (2017)

Image
200 Photos  ·  Updated  7 days ago AL FATEH MENTORING CAMP 1 : FRIENDSHIP IS MAGIC  31 MARCH-2 APRIL 2017  SK TAMAN SAMUDRA  Alhamdulilah untuk yang pertama ini, “Friendship is Magic” berjaya untuk dijalankan.  Betapa pentingnya hubungan kawan ini yang akan membawa kita kepada masa depan yang kita pilih.  Yang akan menunjukkan dan mempengaruhi kita dalam banyaknya pergerakkan. Yang bisa menentukan tingkah laku buruk atau baik menghiasa luaran dan dalaman.  Besarnya maksud setiap muslim itu bersaudara.  Apa yang cuba kami terapkan adalah kepentingan muslim itu sendiri.  Belajar sedikit demi sedikit nilai-nilai islam, kisah-kisah menginspirasi dan peringatan tentang perkara yang sering dilupai.  Kemudiannya, untuk yang ini, bagaimana persaudaraan yang baik itu boleh diterapkan dalam diri adik-adik.  Bila memandang rakan-rakannya, mereka dapat merasakan seperti rakan...

MENTORING KIT

Untuk menjalankan aktiviti mentoring, adik-adik khususnya memerlukan beberapa alatan keperluan bagi mereka melakukan aktiviti. Barang-barang ini khas buat mereka. Kami sangat mengalu-alukan jika ada pihak yang ingin menyumbang salah satu keperluan yang kami senaraikan di bawah: Set Alat Mandi: 1. Sabun Botol 2. Syampu 3. Ubat gigi 4. Berus gigi Set Alat Tulis: 1. Pensil 2. Pembaris 3. Pemadam 4. Pengorek 5. Bekas alat tulis 6. Magic pen 7. Buku nota Lain-Lain: 1. Kain pelikat 2. Stokin 3. Stokin tangan 4. Name tag & lanyard 5. Baju program Jika ada pihak yang boleh menyumbang salah satu keperluan di atas, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi nombor yang tertera. Ain Nasuha: 018-9704140 Firdaus Asyraf: 013-9019953 Bantu Kami Untuk Bantu Mereka.

Bronze Training AKHI 2017

Image
Training kali ini memfokuskan kepada ukhwah atau tali persahabatan antara kesemua yang hadir. Alhamdulilah penyertaan kali ini sangat memberangsangkan. Semuanya hebat-hebat. Ini baru permulaan. Garisan penamat itu masih samar jauh kehadapan. Kamu boleh pergi seorang diri tapi boleh jadi kamu leka lalu besar kemungkinan akan sesat. Dan bila sesat, antara yang kamu boleh harapkan adalah ada orang yang akan menunjukkan dan memperingatkan jalan yang benar. Dan jika bersama, setiap itu selalunya pasti melengkapi sepanjang perjalanan ini inshaAllah. Saat meletakkan diri dalam keadaan begini, ini menandakan anda semua sedia untuk berbakti. Bersedia lalu cuma tinggal untuk melaksanakan sahaja secara berterusan dan sabar. Bersedia berkorban masa dan tenaga untuk sesuatu yang bermakna. Kata Hamka “Rasul itu sendiri dalam menyiarkan cita-cita dan pengajarannya, telah menguburkan segenap kesenangan dirinya untuk kebahagian orang lain. Untuk masyarakat seluruhnya” (Lembaga Hidup p229) ...