Posts

AKHI APREMA DAY 2016

Image
2016- AKHI APREMA DAY (APPRECIATION AND MAHABBAH DAY Bismillahirrahmanirrahim... 😄 Segala puji hanya bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Program Aprema 2016 iaitu program yang terakhir bagi para mentor telah menutup tirainya pada 26 November yang lepas. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para hadirin yang sudi meluangkan masa bersama Akhi Club untuk memeriahkan program ini. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada mentor-mentor yang memenangi anugerah pada malam itu. Harapan kami kepada anda semua semoga terus setia bersama kami dan menaburkan bakti kepada masyarakat di negara yang dirahmati Allah ini. Semoga perjuangan kita tidak berakhir di sini. Hargailah ukhuwwah yang telah dibina antara kita dan semoga Allah mengeratkan ikatannya selama-lamanya. Hidup, Penuh sekali dengan liku-liku, Dan  Antara kau dan aku itu, Ada sesuatu yang menyatu. Jalan, Kita pilih jalan ini bersama,  Kita lalui bersama, Kita tempuhi suka duka bersama, Me...

AL FATEH MENTORING CAMP 4: ENGLISH IS FUN (2016)

Image
Alhamdulillah pada 11-13/11/2016 Akhi Club IIUM  telah berjaya menamatkan mentoring yang terakhir pada tahun 2016 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. Mentoring terakhir ini bertemakan ''English Is Fun'' yang membawa objektif utama iaitu memupuk minat para mentee kepada bahasa inggeris serta mengajar mereka perkataan-perkataan inggeris yang mudah agar mereka dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan mentoring kita pada kali ini. Semoga kita bertemu lagi di program akan datang .InshaAllah.

MULTIMEDIA WORKSHOP 2.0 (2016)

Image
Assalamualaikum Semua   :) Alhamdulillah syukur dipanjatkan pada Ilahi atas limpah dan kurnia-Nya diberikan kesempatan menjayakan satu sesi bengkel multimedia yang mana menekankan ilmu mengenai seni grafik dan penghasilan video.  Multimedia Workshop 2.0 pada kali ini berlangsung pada 06 November 2016 (Sabtu) dari pukul 8:30 pagi hingga 5:00 petang. Medium utama dalam penghasilan seni grafik dan pengeditan video melalui perisian  Adobe Photoshop CS6 dan Cyberlink PowerDirector 14. Tema "color your world" sangatlah bersesuaian untuk bengkel multimedia pada tahun ini. Kalau bukan kita yang warnai hidup kita sendiri siapa lagi bukan?  Mengharap warna dari orang lain belum tentu hasil seninya sama. Terima kasih pada tenaga pengajar atas segala tunjuk ajar dan kepada peserta yang hadir, kami doakan semoga ilmu yang kita pelajari dapat membantu kita di dunia dan di akhirat kelak. Luaskan kretivitimu! "The painter has the universe in his mind and hands"-Leonardo D...

AKHI SPORT DAY 2.0

Image
Alhamdulillah dengan berkat dan kurniaan Allah , Akhi Sport Day 2.0 telah berjaya di laksanakan dengan sempurna pada 21-23/10/2016 Pelbagai aktiviti menarik telah berjaya dijalankan antaranya aktiviti bola sepak,bola jaring ,sukaneka ,permainan tradisional dan sebagainya. Kesemua peserta dibahagikan kepada 4 pasukan yg tidak kurang hebatnya iaitu Hissan,Asad,Ankabut dan juga Ababil. Terima Kasih kami ucapkan kepada semua para peserta daripada barisan ahli jawatan kuasa AKHI sport day,barisan mentor, dan juga adik-adik AKHI Sk Taman Samudra dan juga Sk Bandar Baru Sentul.  Tidak lupa juga kepada barisan Alumni Akhi Club yang turut hadir memeriahkan majlis hari sukan Akhi pada tahun ini. Semoga dengan pogram sukan ini, ia dapat mengekalkan kesihatan yg baik dalam diri kita agr terus dapat melakukan aktiviti harian dengan penuh bertenaga.  Dan akhir kata ''Healthy Lifestyle Towards A Better Ummah "