Posts

AKHI Club Gold Training 2013

Image
AKHI Gold Training telah diadakan pada 13 dan 14 September 2013 bertempat di D' Sungai Lepoh Chalet & Kem,Kg. Kuala Pangsun, Hulu Langat, Selangor. Seramai 60 peserta terdiri daripada mentor AKHI, AKHI Mentor Jr. dan Trainer telah menjayakan program ini Peserta mula berkumpul di tangga besar UIA seawal jam 2.45 petang selepas Solat Jumaat menunggu bas dan tiba di D' Sungai Lepoh pada jam 5 petang. Program dimulakan dengan Majlis Perasmian dan diteruskan dengan sesi 'Ice Breaking'. Sebanyak 6 kumpulan dinamakan dengan nama sahabat Nabi yang setiap satunya mempunyai ahli seramai 6 hingga 7 orang. Semua dikehendaki memanggil nama gelaran keluarga seperti Ayah, Ibu, Along, Angah, .dsb di dalam kumpulan mengikut umur sepanjang program berlangsung. Program diteruskan dengan sesi Group Dynamic selepas solat Maghrib dan Isya' berjemaah. Tazkirah maghrib disampaikan oleh Sdr. Shahidan dan sesi tilawah diadakan sementara menunggu azan Isya'. Hari Kedua ...

Makluman: AKHI Gold Training 2013

Image
Assalamualaikum, Akhi Club akan menganjurkan Gold Training pada tarikh 13-14 September ini bertempat di D' Sungai Lepoh, Hulu Langat.

Ziarah Hari Raya Aidilfitri ke Kg Parit Ibrahim @ Pontian, Johor

Image
Selamat Hari Raya Aidilfitri Pada 17 & 18 Ogos yang lalu, para peserta I Love Rasul yang semuanya adalah mentor Kelab Akhi telah mengambil kesempatan cuti semester untuk beramai-ramai beraya di Kg. Parit Ibrahim, Johor. Selain ziarah Hari Raya, dapat juga mengeratkan silaturrahim antara anak angkat dan ibu bapa angkat supaya tidak terputus selepas habis program yang lepas setelah hampir dua bulan terpisah. Papan tanda zikir hasil gotong royong ketika I love Rasul masih terpacak di Kg. Parit Ibrahim Marhaban

Program Semester Pendek

Image
AKHI Club telah mengadakan dua kem kepada adik-adik sepanjang bulan 6 dan 7 yang lalu iaitu AKHI Survival Mentoring Camp(26-28 Jun) dan AKHI Ramadan Camp(26-27 Julai). Ramai daripada mentor AKHI yang tidak mengambil semester pendek dan menjalani latihan industri namun tidak menjejaskan program kerana ada yang sanggup turun secara sukarela. AKHI Survival Mentoring Camp bertujuan untuk mendidik adik-adik mentee supaya pandai berdikari semasa ketiadaan ibu bapa di rumah. Turut diselitkan pada program ini praktikal sembelihan dengan menggunakan ayam. Program ini juga merupakan gabungan bersama mentoring ke-5. AKHI Ramadan Camp pula bertujuan untuk memberi penekanan kepada adik-adik tentang kelebihan bulan-bulan Ramadan dan amalan-amalan sunah. Selain itu ibu bapa adik-adik juga dijemput bersama berbuka puasa pada program ini sambil mendengar masalah yang dihadapi dan harapan mereka kepada Kelab Akhi untuk anak-anak mereka

I LOVE RASUL 2013

Image
" I LOVE RASUL " merupakan antara program terbesar Kelab AKHI pada tahun ini telah selesai dengan jayanya. Program selama seminggu ini bermula dari 11 Jun hingga 17 Jun 2013, bertempat di Kg Parit Ibrahim, Pontian, Johor. Seramai lebih kurang 60 ahli kelab AKHI telah menyertai program ini. Keratan Akhbar Harian Metro 11 Jun 2013 (Selasa) Program ala baktisiswa ini dimulakan dengan majlis penyerahan peserta kepada keluarga angkat masing2. Mereka akan tinggal bersama selama seminggu hingga tamat program. . . Setelah selesai majlis, peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diarahkan untuk menyebarkan risalah2 kepada seluruh penduduk kampung berkenaan kehadiran dan program yang bakal dianjurkan. 12 Jun 2013(Rabu) Hari kedua program dimulakan dengan aktiviti EXPLORACE seawal jam 7.30 pagi. 5 checkpoint ditempatkan di serata kawasan kampung. EXPLORACE Kemudian, aktiviti merewang bersama selepas zohor menyediakan bubur lambuk kepada tetamu forum...

Program Baktisiswa "I Love Rasul"

Image
Assalaamu'alaikum warahmatullah. Semoga semua berada dalam sebaik-baik keadaan iman dan kesihatan hendaknya. InshaAllah, andai tiada aral mendatang, Akhi Club akan mengadakan baktisiswa buat pertama kalinya di Pontian, Johor, 11hb (Selasa) hingga 17hb (Isnin) bulan ini. ^_^ Bertemakan "Satu Hati Untuk Ummah", tujuan baktisiswa 'I-Love Rasul' ini ialah untuk memupuk sifat cinta kepada ilmu dan juga untuk mengenali gaya hidup Rasulullah (s.a.w.). Tak kenal maka tak cinta bak kata orang. ;) InshaAllah, mentor-mentor yang terlibat akan berangkat ke destinasi Selasa pagi nanti. Semoga program ini dapat memberi manfaat pada semua yang terlibat, inshaAllah. Doakan. :)

AKHI Grand Usrah Night

Image
Pada 19 Mei (Ahad) yang lalu, Kelab AKHI telah mengadakan Grand Usrah bertempat di EDU Square , UIA. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah sesama ahli, solat hajat untuk peperiksaan akhir semester, dan perjumpaan terakhir bersama mentor-mentor yang bakal meninggalkan