Posts

Showing posts from March, 2016

AKHI NIGHT OF VISION 2016

Image
AKHI NIGHT OF VISION 2016 Segala puji-pujian hanya bagi Allah,  Program Akhi Night of Vision telah berakhir dengan jayanya seperti yang dirancang. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Kami dari Akhi Club amat berbesar hati untuk menerima kedatangan para mentor baru yang akan membantu kami untuk mencapai motto "Towards The Excellence of Islamic Generation". Objektif utama program Akhi Night of Vision ini adalah untuk mengeratkan ukhuwwah antara mentor baru dan mentor lama serta memberikan pende dahan tentang perkara-perkara yang utama semasa program mentoring dijalankan kepada mentor baru. Selain itu, forum juga telah diadakan yang sedikit sebanyak membantu mentor-mentor baru untuk memperoleh tips-tips yang berguna dan diaplikasikan semasa kem mentoring sedang dijalankan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu dan mengorak langkah demi membina umat Islam yang cemerlang. Semoga berjumpa lagi di program akan datang.

MASS GATHERING AKHI CLUB 2016

Image
MASS GATHERING AKHI CLUB 2016 Assalamualaikum… Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan kepada Allah yang Maha Esa kerana dengan izinNya,Akhi Club telah berjaya membuka tirai 2016 dengan mengadakan program pertama iaitu Mass Gathering (Get Together Session) pada 7 Mac 2016. Akhi Club mengadakan program ini tidak lain tidak bukan dengan objektif utama untuk memperkenalkan Akhi Club kepada mentor-mentor baru dengan memberi penerangan dan gambaran yang lebih jelas kepada mereka. Jutaan terima kasih kepada para mentor yang sudi hadir dan mohon kemaafan dari pihak kami atas kekurangan. Sejujurnya kedatangan kalian amatlah kami hargai. Tahniah dan selamat datang ke Akhi Club (Kelab Anak-Anak Berakhlak Islam). Semoga bertemu lagi di program yang akan datang Insya-Allah.

MAINBOARD 2015/2016

Image
Kepada barisan trainers, ingatlah misi kita di dunia ini takkan pernah habis kerana misi terakhir adalah setelah kita sama-sama berada di syurga.  :) Saya suka ambil kata-kata daripada Hamka. Kata beliau setiap anggota masyarakat itu punya tanggungjawab masing-masing dan mempunyai hak masing-masing. Apabila tanggungjawab dan hak itu ditunaikan maka amanlah masyarakat. (Lembaga Hidup) Kami akan cuba sedaya upaya kami bagi memenuhi hak adik-adik. Apa yang mungkin anda tidak tahu, pada setiap kenakalan adik-adik itu ada banyaknya kasih sayang. Pada setiap tidak peduli adik-adik itu terselitnya kemahuan pada perhatian. Dan pada setiap senyuman adik-adik itu mempamerkan seribu keikhlasan. Kami tahu kami manusia biasa yang berangan-angan mengubah manusia tapi tanpa kami sedar yang banyak berubah itu adalah diri kami sendiri. Merekalah yang mengubah cara kami berfikir, cara kami bertindak dan cara kami melihat kasih sayang secara dalam. Mungkin sebelum ini anda...

Training of Trainers Phase 2 (2016)

Image
Training of Trainers Phase 2  (2016) Segala puji bagi Allah yang mentadbir seluruh alam, ini ialah kali pertama kami berprogram di Sekolah Kebangsaan Taman Samudra sekama 2 hari 1 malam. Sudah semestinya kami dapat merasakan perasaan gemuruh dan teruja muncul dalam diri kami sendiri. Tetapi perasaan ingin berjumpa dan ingin memberi semangat kepada adik-adik mengatasi segalanya. Adik-adik merupakan pelajar tahun 6 yang bakal menduduki UPSR 6 bulan lagi. Kami juga telah diberikan layanan serta sokongan padu dari c ikgu-cikgu sekolah. Mereka meletak harapan setinggi gunung agar kami dapat meningkatkan motivasi adik-adik. Kami berharap agar adik-adik dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu yang diperolehi dari program ini untuk menempuhi peperiksaan yang penting di alam sekolah dengan berbekalkan semangat yang tinggi. Bak kata pepatah 'buang yang keruh, ambil yang jernih. Pepatah Inggeris mengatakan 'one of the toughest experience to go through, is to be someone's strength while...