Posts

Showing posts from July, 2012

Mentoring Ke Enam AKHI

Image
Assalamualaikum.. Apa khabar kakak-kakak & abang-abang mentor??  Tak lupa adik-adik mentee? Macam mana dengan ibadah puasa setakat ni? Mudah-mudahan ramadhan pada kali ini lebih baik daripada tahun-tahun lepas.. Adik-adik ingat tak mentoring ke enam yang berlangsung 2 minggu yang lepas? Kalau samar-samar jer ingatan tu, mari kita imbas kembali apa yang berlaku pada hari tersebut.. Bertempat di LT 2 Kuliah Kejuruteraan UIAM, telah berlangsung mentoring ke enam AKHI pada 15 Julai 2012. Betemakan Khalifah Kecil AKHI, mentoring pada kali ini bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan adik-adik mentee mengenai tanggungjawab mereka sebagai khalifah kecil di muka bumi Allah ini. Program mentoring pada kali ini ada sedikit kelainan berbanding mentoring-mentoring yang lepas kerana pada mentoring kali ini ada beberapa slot yang telah ditambah. Ianya adalah slot solat dhuha, kuiz tajwid dan juga tazkirah. Mentoring pada kali ini juga berlangsung dengan kerjasama ...

Puasa dah dekatttt!!!!

Image
Assalamualaikum adik-adik =D Apa khabar semua? Macam mana perasaan? Tiap-tiap minggu ada AKHI kan? Seronok tak? Oh ye, uncang yang adik-adik jahit hari tu adik-adik simpan apa dalam tu? Simpan duit lebih belanja sekolah pun elok kalau tak ada tabung. Hehe. Haaa... pokok kaktus siram tak? Tak siram?! Alamak, mati la pokok tu nanti. *nangis*. Jangan lupa siram tau. Kesian pokok tu. Dia pun nak makan dan minum macam kita juga. Ok, adik-adik. Minggu ni tak ada AKHI. Tapi kita semua akan sambut bulan paaaaaaaallliiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnngggg mulia dalam Islam. Bulan Ramadhan? Bagus! Pandai adik-adik AKHI.  Hehe. Bulan Ramadhan atau kita selalu panggil bulan puasa ni seronok tau. Sebab bila kita buat baik je semua pahala kita digandakan kepada 10. Haa, kalau selalu adik tolong mak dapat 1 pahala. Tapi kalau bulan Ramadhan ni adik tolong mak ke tolong cikgu ke dapat 10 pahala. Wah, banyak tuuu! Eh, tapi lepas bulan Ramadhan jangan tak tolong mak pulak sebab dapat sikit pahala. Sikit...

Mentoring Kelima AKHI

Image
Assalamualaikum.. Bertempat di Taman Metropolitan yang juga dikenali sebagai Taman Layang-Layang, Kepong, Kelab AKHI telah berjaya mengadakan program mentoring yang kelima untuk adik-adik mentee daripada Sekolah Kebangsaan Setapak Indah dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul.  Untuk makluman semua, program mentoring Kelima AKHI ini merupakan program mentoring pertama pada tahun ini yang dijalankan diluar UIA.  Bertemakan 'AKHI Let's Go Green', program mentoring pada kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada adik-adik mentee mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Bersesuaian dengan tempat yang dipilih iaitu kawasan yang dikelilingi tumbuh-tumbuhan, modul yang dijalankan dilihat berjaya memupuk rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar di kalangan adik-adik mentee.  Setibanya adik-adik mentee di Taman Layang-Layang. Sebelum mulakan program, kita bersenam dulu. Badan sihat otak pun cergas.. Sarapan pagi. Menu : Mee goreng + Air k...

Mentoring Keempat AKHI

Image
assalamualaikum dan salam sejahtera..  Pada kali ini, mari kita lihat apa yang berlaku pada program mentoring keempat AKHI yang berlangsung pada 1 Julai yang lepas.. =D Program mentoring pada kali ini bertemakan jarum benang AKHI. Objektif program pada kali ini ialah untuk mengajar adik-adik mentee mengenai asas-asas jahitan. Contohnya, jahitan jelujur, silang pangkah dan jahitan butang.   Program mentoring yang bertemakan jahitan ini baru pertama kali diperkenalkan pada tahun ini. Reaksi positif daripada adik-adik mentee dapat dilihat sepanjang program mentoring ini berlangsung.  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang berlaku sepanjang program ini berlangsung, mari lihat gambar-gambar di bawah. Bak kata pepatah, sekeping gambar boleh menceritakan 1001 kisah. ^^ setibanya adik-adik mentee di Edu Square.  sebelum mulakan program, kita makan dulu.  menu : nasi goreng + telur mata dan air teh. modul pertama...

AKHI SILVER TRAINING

Image
assalamualaikum..selamt bertemu kembali!!^^ bertempat di Edu Square IIUM, Kelab AKHI telah mengadakan program training yang kedua yang bertujuan untuk mengajar teknik komunikasi yang berkesan kepada abang-abang dan kakak-kakak mentor. Program yang diadakan selama 1 hari ini telah berjaya merapatkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan para peserta. Untuk tahu dengan lebih lanjut, jom kita tengok gambar.. =D mereka tengah berkomunikasi tanpa memandang ke wajah masing-masing. perbuatan ini boleh menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak difahami oleh kedua-dua belah pihak. kesimpulannya, ketika berkomunikasi, sila ada 'eye contact' yer kawan-kawan.. ^^ kak nisa' tengah memberi penerangan kepada para peserta.. sangat menarik dan banyak tips telah diberikan. rugi kepada mereka yang tidak datang.. pada sebelah petang, disebabkan para peserta sanggup korbankan masa cuti hujung minggu mereka untuk datang berprogram, aktiviti 'BBQ' telah diada...

Mentoring Ketiga AKHI

Image
asslamualaikum adik adik, mentoring ke 3 akhirnye menemui adik-adik. kali ini ade kelainan untuk adik adik dimana program ni dibuat disekolah. dan ade aktiviti yang mngkin membuat adik-adik makin aktif walaupun adik-adik akhi ini memang popular dengan keaktifan masing-masing.=) pada awal pagi adikk-adik berkumpul untuk bersama-sama mentor. kak nisa memanggil adik adik untuk sesi pembahagian kumpulan dah tiba masanye kite bersama dalam kumpulan. pada mulanya didalam kumpulan yang besar, tapi kumpulan ini dibahagiakan lagi kepada kumpulan yang kecil. ini untung mnyenang kan lagi akak dan abang mentor untuk lebih dekat dengan adik adik dalam program tilawah ini. kak ayuni bersungguh sungguh mengajar adik mentor zaman moden sekarang pakai handphone pon bole blaja ngaji=) ini adalah gambar dimana adik adik melwat ke salah sebuah rumah diantara salah seorang ahli kumpulan. sebelum ke rumah ibu bapa mereka, adik adik diajar tentang...