Kawan Baik Yang Sering Ditinggalkan
Susah sungguh nak mencari kawan baik yang ikhlas berkawan dengan kita. Di saat senang mungkin ramai yang mahu berdampingan dengan kita. Tetapi di saat susah? Siapa yang betul-betul sanggup dan rela hati bersama-sama kita menghadapinya? Bukan mengharapkan pertolongan untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi tu. Cukup sekadar sanggup berkongsi masalah dan menjadi pendengar setia. Tak gitu? Walaubagaimanapun ada juga kawan yang paling baik dalam dunia ni yang sentiasa bersedia berkongsi dan bersama-sama kita mengharungi hidup kita, tetapi sering ditinggalkan dan dilupakan oleh kita. Padahal kawan itu juga jika kita sentiasa berdampingan dengannya ketika di dunia, dia dengan rela hatinya akan menjadi teman kita di akhirat nanti. Siapa kawan paling baik tu? Tak lain tak bukan tentulah kitab suci agama kita, al-Quran. Ya, al-Quran memang sudi menjadi kawan baik sesiapa sahaja. Atas usaha kita sahaja mahu berkawan baik dengan al-Quran atau tidak.Al-Quran dit...