Mungkin agak terlambat. Tetapi 2nd Mentoring AKHI Club masih lagi segar di ingatan. Bertarikh 27 Februari 2011 dan bertempat di Edu Square UIAM, adik-adik mentee yang menyertai mentoring kali ini diberikan pendedahan tentang aurat lelaki dan perempuan serta bagaimana menjaga adab dan batasan pergaulan sesama lelaki dan perempuan. Permainan pertama iaitu mencari dan mencantum kepingan puzzle dimulakan setelah kumpulan dibahagikan. Kepingan-kepingan tersebut akan membentuk empat jenis gambar yang menunjukkan kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh lelaki dan perempuan dalam berpakaian. Setelah selesai mencantumkan kepingan-kepingan tersebut, adik-adik mentee diminta menerangkan jenis kesalahan yang terdapat di dalam gambar tersebut kepada rakan-rakan sekumpulan yang lain dan juga mentor. Mentor akan membetulkan mana-mana jawapan yang salah dan menghuraikan sebab kesalahan berpakaian dan cara membetulkannya. Permainan puzzle Kep...