Posts

Showing posts from January, 2011

Training Of Trainers

Training of Trainers (T.O.T) telah diadakan pada 2 Januari 2011 yang lalu. Walaupun tidak semua trainers yang berjaya menghadirkan diri, namun T.O.T berjaya dilangsungkan dengan bilangan trainers yang ada . Secara umumnya T.O.T adalah bertujuan memberi pemahaman kepada trainers tentang AKHI Club secara keseluruhannya. Menerusi program ini, semua trainers diberi penekanan tentang tugas-tugas setiap ahli jawatankuasa , perancangan strategic (strategic planning) AKHI Club serta tentang modul-modul yang akan digunakan di dalam setiap mentoring. Kemudian semua ahli jawatankuasa diberi peluang berbincang di dalam kumpulan mengikut jawatan masing-masing bagi membincangkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan bagi memastikan pergerakan AKHI Club sentiasa lancar dan mantap. Bagi mengisi slot riadhah, semua trainers telah mengadakan aktiviti membuat sandwich bersama-sama. Secara tidak langsung program ini adalah salah satu usaha untuk merapatkan uk...

AGM 2010/2011

Alhamdulillah. AKHI Club membuka tirai tenure baru dengan menjayakan Annual General Meeting (AGM) 2010/2011 pada 15 Disember 2010 yang lalu. Bertemakan ‘Zaman Melayu Silam’, semua trainer dan mentor lelaki mengenakan baju melayu, seluar slack serta kain pelikat yang dipakai di atas kepala. Mereka mewakili penduduk kampung. Bagi mentor perempuan, lengkap berbaju kurung kain cotton dan mengenakan kain batik di atas kepala mewakili penduduk kampong perempuan manakala trainer perempuan berbaju kurung songket dengan selendang yang diselempangkan di bahu, mewakili puteri-puteri zaman Melayu lama. AGM dimulakan dengan bacaan Asma Ul-Husna dan lagu AKHI Club. Kemudian sebagai gimik mesyuarat pada malam itu, pihak trainers telah mempersembahkan satu lakonan yang mana jalan ceritanya sedikit-sebanyak berdasarkan dua filem Melayu lama iaitu “Seniman Bujang Lapuk” dan “Puteri Gunung Ledang”. Dengan sebuah skrol yang dibawa oleh seorang trainer yang memegan...